|
Usah jadikan sukan aktiviti bermusim |
|
Ditulis oleh DATUK WIRA MAZLAN AHMAD & DR ZUBER HASSAN
|
|
KAMI berkesempatan menghadiri beberapa majlis yang dianjurkan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK) dan beberapa bahagian di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan tetamu utama dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Apa yang menarik ialah pada setiap kali ucapannya, beliau amat menekankan aspek pembangunan modal insan melalui aktiviti sukan dan kokurikulum. Salah satu yang diberi perhatian untuk dikupas dan dikongsi bersama dalam artikel ini ialah saranan beliau untuk mempopularkan atau menjanakan sukan di sekolah. Menteri Pelajaran membuat pengumuman supaya kegiatan sukan di sekolah perlu dipopularkan semula. Kenyataan itu mendapat respon dan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk persatuan sukan, ahli akademik serta mereka yang berkepentingan dengan sekolah. |
|
Baca seterusnya...
|
|
|
Prasarana berteknologi cungkil bakat atlet |
|
Ditulis oleh SRIHANASHAM NOORDIN
|
|
KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK) giat melaksanakan apa yang dirancang demi memastikan hasrat membudayakan sukan di sekolah tercapai, sekaligus Malaysia mampu melahirkan atlet bertaraf dunia yang dilahirkan hasil daripada program sukan di sekolah.
Pengarah BSSK, Jame Alip, berkata adalah jelas bahawa sekolah adalah medan untuk mengenal pasti bakat pelajar dan insan pertama yang bertanggungjawab mengesan bakat ialah guru Pendidikan Jasmani (PJ) menerusi proses pengajaran dan pembelajaran. Katanya, program pembangunan sukan KPM di sekolah membabitkan sukan untuksemua yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan daerah manakala sukan untuk kecemerlangan di Pusat Latihan Daerah (PLD), Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan Sekolah Sukan Malaysia. |
|
Baca seterusnya...
|
|
|