|
Pengetua cemerlang bermula dengan guru terbaik |
|
|
|
|
Ditulis oleh PENDIDIK
|
|
APABILA Perdana Menteri mengumumkan bahawa meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan menjadi salah satu daripada enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), ia menggambarkan bahawa kerajaan memandang serius terhadap pendidikan untuk semua rakyatnya.
NKRA meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan meliputi agenda kerajaan menawarkan Ba’iah baru kepada semua pengetua serta guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing. Sekolah yang cemerlang bermula daripada kepimpinan cemerlang. Di situ terletaknya tanggungjawab pengetua dan guru besar dalam memastikan sekolah masing-masing berkembang maju dan mampu melahirkan generasi cemerlang. Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan amat prihatin dan menghargai jasa kepimpinan sekolah terutama pengetua yang terbukti menerusi langkah mewujudukan jawatan Pengetua Cemerlang dalam Skim Perkhidmatan Pendidikan Malaysia. |
|
Baca seterusnya...
|
|
Kepimpinan cemerlang, sekolah terbilang |
|
|
|
|
Ditulis oleh PENDIDIK
|
|
PENGETUA dan guru besar yang cemerlang dalam memimpin barisan warga pendidik di sekolah masing-masing biasanya berjaya membentuk sebuah sekolah berkualiti daripada semua aspek seperti akademik dan kokurikulum, termasuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas untuk meningkatkan penghasilan pelajar berilmu.
Berikut adalah kertas kerja Pengetua SMK Sultan Ahmad Tajuddin, Bandar Baharu, Kedah, Azizan Khasmis bertajuk Sekolah Berkualiti Melalui Kepimpinan Instruksional yang turut menyatakan bahawa hasil kajian Institut Aminuddin Baki (IAB) menunjukkan bahawa sekolah yang cemerlang adalah hasil daripada pengetua atau guru besar yang berkualiti. Sekolah berkualiti ialah sekolah yang mencapai kejayaan melebihi sasaran dalam semua aspek terutama bidang akademik. Di Malaysia, perbincangan mengenai topik ini dibuat di satu seminar iaitu Seminar Sekolah Berkesan di IAB pada 1995. Bagaimanapun sekolah berkualiti menjadi topik perbincangan kerana ia membabitkan unsur kepuasan pelanggan. Sekolah berkualiti wujud disebabkan kepimpinannya yang berkualiti iaitu kepimpinan Instruksional. |
|
Baca seterusnya...
|
|