Skip to content
Anda di sini: Muka Depan arrow Pengurusan
Pengurusan
Strategi selesai masalah tingkat kualiti kepimpinan PDF Print E-mail
Ditulis oleh ISHAK ISMAIL   

Image PENCAPAIAN murid sering dikaitkan dengan standard akademik yang tinggi, kualiti kerja guru, pengurusan kurikulum cemerlang, pembabitan positif komuniti, kepimpinan sekolah yang dinamik dan bersistem. Kejayaan seseorang pemimpin di sekolah tidak boleh diukur daripada jumlah aset yang diperolehi sekolah seperti kerusi meja, komputer, bangunan atau kepuasan ibu bapa, sebaliknya peranan guru dalam membentuk pelajar serta cara mereka membangunkan kualiti pendidikan menjadi tumpuan utama masyarakat.

Membina kualiti pendidikan bukan semudah yang dijangka sebaliknya memerlukan komitmen tinggi di samping kerjasama erat guru dan pemimpin di peringkat sekolah. Gaya kepimpinan Pengetua dan Guru Besar banyak mempengaruhi peningkatan atau penurunan kualiti sesebuah sekolah.

 

Baca seterusnya...
 
Kumpulan dalam sekolah optimum potensi organisasi PDF Print E-mail
Ditulis oleh ABDUL GHANI ABDULLAH & MOHD FADZLI JUSOH   

Image ISTILAH kumpulan dalam sesebuah organisasi didefinisikan sebagai ‘orang yang dikumpulkan atau diletakkan bersama atau dikaitkan secara semulajadi’ atau ’sebagai tiga atau lebih orang yang berkumpul bersama untuk bekerja ke arah satu matlamat atau tujuan yang sama’.

Manakala satu definisi menyeluruh pula menyatakan kumpulan wujud dalam sesebuah organisasi apabila ahlinya:-
• mempunyai motivasi untuk menyertai kumpulan itu
• menganggap kumpulan itu sebagai satu unit bersatu mengandungi orang yang berienteraksi antara satu sama lain
• Memainkan peranan masingmasing menyumbang kepada proses kumpulan
• Mencapai persetujuan atau tidak setuju melalui pelbagai bentuk interaksi

Baca seterusnya...
 
Bijak urus tekanan gaya hidup sihat PDF Print E-mail
Ditulis oleh ISHAK ISMAIL   

Image TEKANAN adalah kenyataan dalam kehidupan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini masalah tekanan menjadi isu yang banyak diperkatakan di kalangan pekerja, pelajar, ibu bapa dan golongan profesional. Malah ada pakar perubatan mengatakan terdapatnya kejadian penyakit jantung di kalangan mereka yang sering menghadapi tekanan. Menguruskan tekanan di tempat kerja adalah langkah penting untuk menjadikan seseorang itu sihat.

Pakar psikologi Veninga dan Spradley di dalam bukunya The Work Stress Connection mengatakan tekanan di tempat kerja jika tidak diurus dengan baik boleh mendatangkan pelbagai gejala buruk termasuk kesakitan fizikal, keletihan emosi, ulser, tekanan darah tinggi, sakit kepala dan kemurungan.

 

Baca seterusnya...
 
Hayati PIPP menerusi cop PDF Print E-mail
Ditulis oleh KAMARUZZAMAN YAHYA   

Image SALAM sejahtera. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP) kini berada di tahun terakhir pelaksanaan. Sejak dilancarkan Perdana Menteri pada ketika itu, pada 16 Januari 2007, banyak kemajuan dan pencapaian berkaitan dunia pendidikan dapat dikecapi.

Berdasarkan pencapaian itu, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) memberikan taraf empat bintang kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan mengiktirafnya sebagai kementerian di tangga teratas daripada 27 kementerian yang dinilai MAMPU. Penilaian yang dibuat pada 2008 itu memberi markah 83.63 peratus kepada KPM.

 

Baca seterusnya...
 
Advertisement