Komunikasi berkesan guru-murid tingkat keberkesanan P&P
Ditulis oleh SYED ISMAIL SYED MUSTAPA
GURU memainkan peranan penting bagi memastikan isi kandungan pelajaran disampaikan secara jelas dan efektif. Keberkesanan menyampaikan sesuatu pelajaran dapat diukur dengan melihat kebolehan murid memahami dan mentafsir mesej yang disampaikan guru.
Berdasarkan model Komunikasi Wilbur Schramm, proses komunikasi bermula dengan rangsangan dikenali sebagai sumber (guru), kemudian dienkod, iaitu mentafsir sumber yang hendak disampaikan secara lisan atau bukan lisan (isi pelajaran) kepada destinasinya (murid). Apabila murid memahami sesuatu pelajaran, maka berlakulah komunikasi dan interaksi berkesan.
SESEORANG pendidik akan berdepan pelbagai masalah dan isu berkaitan pelajar, sama ada daripada segi masalah sosial, pengajaran dan pembelajaran atau tahap pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan.
Pendidik yang prihatin dengan permasalahan yang dihadapi pelajar mereka perlu melakukan refleksi bagi membuat penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran demi peningkatan pencapaian pelajar dan mengatasi setiap masalah yang timbul. Satu daripada aktiviti penting seseorang individu mengingat kembali pengalaman yang dilalui, memikir-mikir dan mempertimbangkan serta membuat sesuatu penilaian dinamakan refleksi. Selepas refleksi dilaksanakan, pendidik perlu melakukan Kajian Tindakan bagi mengatasi permasalahan berbangkit.