ADA fakta yang menyatakan bahawa Kelantan menjadi lokasi pertama tempat pendaratan tentera Jepun pada Perang Dunia kedua selepas melakukan serangan di Pearl Harbour, Hawaii, pada Disember 1941. Tetapi, tidak tahu sejauh mana kebenarannya.
Sama ada benar atau tidak Kelantan adalah negeri pertama dimasuki tentera Jepun pada masa itu mungkin tidak dapat dibuktikan. Tetapi, bagi pengunjung yang ke Kota Bharu, ibu kota negeri cik siti wan kembang itu, anda boleh ke Memorial Peperangan Dunia kedua, berhampiran Padang Merdeka untuk menghayati zaman sengsara itu.