|
Pelajar Tanjung Pauh belajar tunggang kuda |
|
|
|
|
Ditulis oleh SAMSUDIN OLI MOHAMED
|
|
LIMA pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh, Jitra, Kedah terpilih menyertai sesi latihan berkuda selama lapan minggu yang dikendalikan Pusat Berkuda Al-Iskandari Equine Park yang terletak di Wang Tepus, Jitra.
Pengarah Urusan Equine Park, Datuk Ahmad Zabidi Md Zain menjadikan sekolah itu sebagai sekolah angkat dalam acara berkuda dengan menaja pelajar yang menyertai latihan di situ selama lapan minggu. Semua pelajar yang terpilih iaitu dua lelaki dan tiga perempuan akan menyertai latihan bermula dengan aspek penjagaan kuda, peralatan untuk menunggang kuda, persediaan menunggang kuda sehingga mereka dapat menunggangnya. |
|
Baca seterusnya...
|