PADA keluaran kali ini saya tidak menerangkan punca penyakit gusi (periodontitis) ini dengan lebih mendalam kerana banyak sumber yang boleh anda perolehi. Apa yang ingin dijelaskan di sini adalah perkaitan penyakit periodontitis dengan masalah perubatan.
Kaitan ini sudah lama diketahui pakar. Bagaimanapun, masyarakat tidak mengetahui bagaimana kaitan ini berlaku. Tujuan kali ini adalah untuk memberikan sedikit informasi yang sesuai dan mudah difahami mengenai hubung kait antara penyakit gusi dan masalah perubatan
Punca utama adalah daripada plak. Plak pergigian adalah suatu lapisan nipis yang lembut, melekit dan mudah melekat erat ke atas permukaan gigi yang tidak terdedah kepada geseran pipi, lidah dan permukaan pengunyahan. Ia akan menjadi tebal dan menguning pada permukaan gigi. Permukaan plak menjadi keras dan kasar membuatkan bakteria semakin banyak terkumpul.
NOVEL ini mengisahkan seorang gadis bernama Natalia yang jatuh hati dengan seorang jejaka bernama Izhan sejak zaman persekolahan lagi. Meskipun masa berlalu, Izhan tetap di hatinya. Tidak pernah Natalia lupakan Izhan walaupun sedetik. Ketika zaman remajanya, pelbagai cara yang dilakukan oleh Natalia demi mendapatkan hati Izhan. Namun, Izhan tetap dengan egonya. Dia sering bercerita mengenai gadis-gadis lain kepada Natalia seolah-olah Natalia tidak mempunyai perasaan terhadapnya. Sehingga satu hari, selepas beberapa tahun kemudian, mereka bertemu kembali dan sesuatu telah berlaku dan segalanya telah berubah.
Apakah yang ada pada Izhan sehinggakan Natalia sukar untuk melupakannya? Mengapakah terlalu berat untuk Izhan menerima cinta Natalia? Ikuti segala detik gembira, pedih, pahit manis kehidupan yang diharungi Natalia demi mendapatkan cinta sejatinya.