|
Sumber ilmu mantapkan guru dalam sistem pendidikan negara |
|
|
|
|
Ditulis oleh PENDIDIK
|
|
BERIKUT adalah sebahagian daripada teks ucapan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom sempena Tahun Baru 2010.
IZINKAN saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan memulakan lembaran baru pada sesi persekolahan 2010. Kepada guru, sambutlah anak didik kita ini ke alam sesi persekolahan yang baru dengan minda terbuka dan penuh iltizam untuk membentuk mereka menjadi insan cemerlang seperti diharapkan ibu bapa mereka dan negara. Saya menyeru kepada semua murid rebutlah peluang dan segala kemudahan yang disediakan di sekolah untuk menyiapkan diri sebagai orang yang berilmu, beramal dan menyumbang kepada kemajuan diri, masyarakat dan negara. Modal insan cemerlang tidak dapat dilahirkan dalam sekelip mata, bahkan ia adalah usaha berterusan yang perlu dipupuk, dibimbing dan diasah bakat seperti kata pepatah, melentur buluh hendaklah dari rebungnya. Pepatah juga mengatakan, `Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat’. Maka sebagai murid, anda semua yang seharusnya berusaha untuk menjadi orang berpelajaran kerana pencapaian dalam masa persekolahan adalah kenangan paling manis untuk diimbau kelak. |
|
Baca seterusnya...
|
|