Skip to content
Anda di sini:
ULASAN BUKU : Hujan Gula-Gula PDF Print E-mail
Ditulis oleh Miz Mia   

Image NOVEL ini mengisahkan seorang gadis bernama Natalia yang jatuh hati dengan seorang jejaka bernama Izhan sejak zaman persekolahan lagi. Meskipun masa berlalu, Izhan tetap di hatinya. Tidak pernah Natalia lupakan Izhan walaupun sedetik. Ketika zaman remajanya, pelbagai cara yang dilakukan oleh Natalia demi mendapatkan hati Izhan. Namun, Izhan tetap dengan egonya. Dia sering bercerita mengenai gadis-gadis lain kepada Natalia seolah-olah Natalia tidak mempunyai perasaan terhadapnya. Sehingga satu hari, selepas beberapa tahun kemudian, mereka bertemu kembali dan sesuatu telah berlaku dan segalanya telah berubah.

Apakah yang ada pada Izhan sehinggakan Natalia sukar untuk melupakannya? Mengapakah terlalu berat untuk Izhan menerima cinta Natalia? Ikuti segala detik gembira, pedih, pahit manis kehidupan yang diharungi Natalia demi mendapatkan cinta sejatinya.

Novel ini adalah hasil karya sulung Miz Mia bersama penerbit KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Penulis berasal dari Negeri Sembilan dan memiliki diploma dalam bidang kewartawanan. Beliau mula membaca novel sejak berusia 10 tahun dan menemui satu kepuasan dan menyedari minat yang mendalam terhadap dunia penulisan. Segala pahit manis kehidupan adalah pencetus yang melahirkan Hujan Gula-gula.

 

 
< Sebelum ini   Seterusnya >
Advertisement