|
IKBN beri peluang pelajar jadi insan berkemahiran |
|
|
|
|
Ditulis oleh PENDIDIK
|
|
MEMBERI fokus utama melahirkan generasi beliamempunyai kemahiran untuk keperluan pasaran pekerjaan dalam negara dalam pelbagai adalah objektif penubuhan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).
Maka, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menubuhkan 15 institusi ini bertujuan memberi kemudahan langsung kepada golongan belia lepasan sekolah untuk mendapatkan faedah sepanjang masa. Ikuti temubual wartawan Majalah Pendidik, Muhammad Fawwaz Fauzi dengan Pengarah IKBN, Peretak, Kuala Kubu Bharu, Selangor, Wan Sallam Wan Yusof mengenai peranan luas institusi ini yang turut membantu beberapa kementerian lain seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menjana kemajuan secara berterusan.
S: Apakah sebenarnya IKBN ini? J: IKBN ini dahulu dikenali sebagai Pusat Latihan Belia diperkenalkan KBS pada 1964. Matlamat awalnya adalah untuk menangani masalah pengangguran dengan menawarkan program latihan kemahiran di kalangan belia tercicir. Pada awal 1990-an program latihan diperluaskan kepada usaha pembangunan sumber manusia iaitu melatih belia dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional untuk melahirkan tenaga mahir bagi keperluan sektor perindustrian negara. Sehingga kini, KBS mempunyai 15 IKBN termasuk sebuah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN). Pembinaan IKBN membuktikan kesungguhan kerajaan menyediakan lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada belia dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional selaras dengan keperluan tenaga mahir. Penambahan kursus dalam bidang serta peningkatan tahap kemahiran mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir. |