Hal Ehwal Murid
Pelajar Tanjung Pauh belajar tunggang kuda | Pelajar Tanjung Pauh belajar tunggang kuda |
|
|
|
| Ditulis oleh SAMSUDIN OLI MOHAMED | |
|
Pengarah Urusan Equine Park, Datuk Ahmad Zabidi Md Zain menjadikan sekolah itu sebagai sekolah angkat dalam acara berkuda dengan menaja pelajar yang menyertai latihan di situ selama lapan minggu. Semua pelajar yang terpilih iaitu dua lelaki dan tiga perempuan akan menyertai latihan bermula dengan aspek penjagaan kuda, peralatan untuk menunggang kuda, persediaan menunggang kuda sehingga mereka dapat menunggangnya. Lima pelajar yang terpilih itu ialah Nur Sabrina Samsudin, Mohd Zulhairi Ishak, Nur Zakiah Shahirah Abdul, Khuzaifah Ismail dan Nadia Ismail. Menurut Datin Hasimah Hassim, isteri kepada pemilik Pusat Berkuda itu, berkata pemilihan pelajar sekolah dari Jitra diharap dapat mendorong pelajar di Kedah menyertai sukan berkuda yang sebelum ini dimonopoli golongan keluarga berkemampuan saja. |