Skip to content
Anda di sini: Muka Depan arrow Hobi arrow Beg, kasut membahagiakan Rozanita
Beg, kasut membahagiakan Rozanita PDF Print E-mail
Ditulis oleh SAMSUDIN OLI MOHAMED   

Image GURU Kemahiran Hidup, Rozanita Ahmad, sangat gemar mengumpul beg dan kasut untuk dijadikan koleksi yang boleh digayakan pada majlis atau ketika mengajar di sekolah. Setakat ini, jumlah paling besar pernah dibelanjakan untuk memenuhi minatnya itu ialah RM600.

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara, Kodiang itu, berkata beliau meminati beg tangan dan pelbagai jenis kasut berjenama sejak di bangku sekolah lagi dan semakin giat mengumpulnya apabila memasuki alam pekerjaan.

Rozanita, 35, yang berasal dari Kodiang, Kedah mula bertugas di sekolah itu pada 2004 selepas mengajar di SMK Tanjung Pauh dengan mengajar mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga pada 1992.

Ibu kepada seorang anak berumur tujuh tahun itu berkata, antara koleksi beg dan kasut yang dapat kumpulkan setakat ini ialah 50 beg dan lebih 40 pasang kasut pelbagai jenama.
 

 
 
Advertisement