Skip to content
Anda di sini: Muka Depan arrow Umum arrow Didik dengan kasih lahir generasi berbudi
Didik dengan kasih lahir generasi berbudi PDF Print E-mail
Ditulis oleh PROF DR SIDEK BABA   

Image KEPIMPINAN dalam organisasi pendidikan Islam amat menuntut konsep ihsan dilaksanakan secara bijak dan strategik. Apabila hubungan kita dengan Allah menjadi landasan pengurusan setiap pihak berasakan bahawa peranan mereka amat dituntut dalam memenuhi visi dan misi organisasi. Asas jamaii ini adalah teras dalam mencapai kejayaan, kecemerlangan dan barakah.

Kejayaan pelajar tidak hanya diukur daripada sudut pencapaian akademiknya saja tetapi kepimpinan pendidikan Islam menuntut supaya akhlak dan tingkah laku mereka terbina dengan keinsafan bahawa ilmu tidak akan memberi erti apa-apa sekiranya kekuatan nilai dan akhlak tidak menjadi tunjang dalam pembentukan diri seseorang manusia.

Menginsafi pentingnya kualiti keihsanan ini berkembang dalam pendidikan, pengetua dan guru besar harus memberikan kepimpinan contoh. Teladan yang ada pada pucuk kepimpinan bakal menjadi sumber ikutan di kalangan staf pendidik. Kualiti keinsanan dalam pengurusan organisasi boleh menyebabkan lahir rasa percaya dan ukhuwah yang tinggi dan menyebabkan iklim sekolah memberikan daya dorong yang tinggi untuk setiap pihak melakukan yang terbaik untuk pelajarnya.

 

 
< Sebelum ini
Advertisement