Umum
Doa amalan pelajar bentuk hati suci | Doa amalan pelajar bentuk hati suci |
|
|
|
| Ditulis oleh PROF MADYA DR BHASAH ABU BAKAR | |
|
Lantaran itu, mereka perlu diasuh dan dididik dengan baik, berhatihati dan penuh kasih sayang supaya tidak terjebak ke lembah yang tidak diingini. Sewajarnya, kita sebagai pendidik harus berusaha membimbing mereka ke arah mencari keredhaan Ilahi dan mengajar mereka untuk berdoa kerana Rasulullah pernah bersabda seperti yang diriwayatkan at-Tarmizi: ”Sesiapa yang tidak berdoa kepada Allah, maka Allah murka kepadanya.” Di samping itu amalan berdoa juga menjadi senjata mukmin yang sentiasa bersama mereka seperti yang di riwayatkan al-Hakim dan Abu Ya’ala: “Doa itu senjata orang beriman dan tiang agama serta cahaya langit dan bumi.” Anak harus diajar untuk berdoa kepada Allah. Berdoa adalah kemestian bagi setiap mukmin kerana berdoa itu adalah ibadah seperti yang diriwayatkan Abu Daud dan at-Tarmizi. Berdoa ialah perbuatan yang dibuat sama ada secara lisan atau hati, tegasnya adalah ucapan lisan dan getaran hati, yang berupa permohonan serta pujian kepada Allah dengan cara tertentu dan ia mengandungi beberapa pengertian seperti permintaan, permohonan, panggilan, dan pujian (Syukriadi dan Tata, 2008). Berdoa juga bererti memohon atau meminta sesuatu yang baik dari Allah yang maha pemurah. Allah menyuruh orang Islam berdoa atau meminta sesuatu kepadaNya (Johari, 1998). Firman Allah yang maksudnya: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina. (Surah al-Mukmin, ayat 60). Selaras dengan itu, Rasulullah juga pernah bersabda yang ertinya: Doa itu adalah ibadah, (riwayat Abu Daud dan at-Tarmizi). Sesungguhnya mendapat pahalalah mereka yang sentiasa berdoa kepada Allah. |
| < Sebelum ini | Seterusnya > |
|---|