Skip to content
Anda di sini: Muka Depan arrow Sekolah Bulan Ini arrow SK Rasa sasar jadi paling gemilang
SK Rasa sasar jadi paling gemilang PDF Print E-mail
Ditulis oleh MUHAMAD FAWWAZFAUZI   

Image VISI untuk mempunyai sebuah sekolah cemerlang daripada pelbagai aspek sentiasa menjadi sasaran kuat Sekolah Kebangsaan (SK) Rasa di Hulu Selangor, Selangor dalam meletakkan sekolah mereka sebagai sekolah hebat di daerah itu.

Menggalas tanggungjawab berat itu, warga sekolah sentiasa gigih berusaha dengan sepenuh tenaga untuk mencapai objektif utama itu supaya terus gemilang dan cemerlang.

Berada dalam persekitaran sekolah bersih, ceria dan harmoni cukup mendamaikan guru dan murid walaupun memiliki hanya 554 orang murid. Dilatari lanskap indah menawan sejak beberapa tahun lalu jelas menggambarkan kehebatan guru yang komited bekerja dalam suasana iklim sekolah kondusif.

Guru Besar, Latifah Abd Aziz, berkata pencapaian akademik murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2009 menunjukkan peningkatan terbaik dan cukup mengembirakan warga sekolah yang lain. Katanya, sembilan calon mendapat keputusan cemerlang 5A daripada 79 pelajar yang menduduki peperiksaan itu tahun lalu adalah kejayaan manis kepada sekolah.

 
 
< Sebelum ini
Advertisement