Sekolah Bulan Ini
Usia jubli perak perangsang pencapaian SMK Bandar | Usia jubli perak perangsang pencapaian SMK Bandar |
|
|
|
| Ditulis oleh AMAD BAHRIMARDI | |
|
Menyahut cabaran Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, yang hadir merasmikan acara kemuncak Sambutan 25 Tahun SMK Bandar, Oktober lalu, semua warga pendidik termasuk kakitangan dan 1,738 orang pelajar sekolah itu ketika ini mempunyai satu misi dan visi yang sama untuk merealisasikan matlamat SMK Bandar Cemerlang 2010.
Dr Mohd Puad ketika berucap merasmikan majlis itu, berkata pendidikan berkualiti adalah NKRA ketiga mengikut keutamaan kerajaan, dan warga pendidik terutama guru di semua peringkat perlu menganalisis kekuatan masing-masing dan bekerja kuat untuk menghasilkan pelajar sebagai modal insan berkualiti tahun 2012. Pengetua, Rahmad Ahmad, berkata kejayaan sekolah itu sejak dibuka pada 1984 hasil sokongan 13 guru ketika itu, disusuli lima pengetua seterusnya hingga kepada beliau pada 2007, beliau menyifatkan sekolah itu masih dalam proses membina budaya sekolah yang cemerlang secara berterusan. |
| Seterusnya > |
|---|