| ULASAN BUKU : Hujan Gula-Gula |
| Ditulis oleh Miz Mia | |
|
Apakah yang ada pada Izhan sehinggakan Natalia sukar untuk melupakannya? Mengapakah terlalu berat untuk Izhan menerima cinta Natalia? Ikuti segala detik gembira, pedih, pahit manis kehidupan yang diharungi Natalia demi mendapatkan cinta sejatinya. Novel ini adalah hasil karya sulung Miz Mia bersama penerbit KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Penulis berasal dari Negeri Sembilan dan memiliki diploma dalam bidang kewartawanan. Beliau mula membaca novel sejak berusia 10 tahun dan menemui satu kepuasan dan menyedari minat yang mendalam terhadap dunia penulisan. Segala pahit manis kehidupan adalah pencetus yang melahirkan Hujan Gula-gula.
|