Mazlina Mohd: Ikon Guru OKU Kebangsaan 2018


Ubi kayu atau dengan nama saintifiknya,Manihot esculenta merupakan sejenis tumbuhan tropika dan sub tropika yang tidak asing lagi di negara ini.

Selain mudah untuk ditanam, tumbuhan itu juga pernah menjadi salah satu daripada bahan makanan ruji buat penduduk di negara ini tatkala era pendudukan Jepun suatu ketika dahulu lantaran ketiadaan beras atau gandum yang menjadi makanan ruji.

Biarpun tiada apa yang menariknya mengenai tanaman tersebut, namun buat seorang guru yang menabur bakti di daerah Pasir Puteh, Kelantan, ubi kayu membawa satu interpretasi berbeza buat beliau serta anak-anak didiknya.

Merupakan anak jati kelahiran Kuala Terengganu,Terengganu, Mazlina Mohd, 42, komited bersama pihak sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Padang Pak Amat menjalankan projek tanaman ubi kayu sebagai salah satu medium pembelajaran bagi anak-anak Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Beliau yang juga orang kelainan upaya (OKU)kerdil, mula melibatkan diri dalam projek tersebut sejak tahun 2015 setelah diilhamkan oleh bekas Penolong Kanan Pentadbiran yang pernah berkhidmat di sekolah berkenaan.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Artikel yang berkaitan