Hubungan Etnik Sebagai Mata Pelajaran Wajib


Menelusuri sejarah Alam Melayu dan pertembungan budaya pelbagai bangsa berserta ketamadunannya, kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka dan faktor perdagangan yang membuka lembaran kepada pola penghijrahan tanpa paksaan selain kolonialisme British di Tanah Melayu telah mendorong kepada pembentukan masyarakat pluralistik dinegara ini. Kewujudan masyarakat pluralistik di Malaysia yang mendukung pelbagai ras dan etnik selain memaparkan khazanah warisan budaya yang bersifat pelbagai merupakan satu keunggulan yang tiada tolok bandingannya.

Jika diteliti secara mendalam,sumbangan setiap etnik tidak dapat dinafikan kepentingannya terhadap keharmonian rakyat dan pembangunan negara. Sejarah kerjasama kaum dan keharmonian yang ditunjukkan dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air daripada British selain kompromi pelbagai pihak dalam menjamin kontrak sosial dalam Perlembagaan merupakan bukti persefahaman yang terbentuk antara kaum dalam‘membina’ Tanah Melayu di bawah bumbung perpaduan yang kukuh pada ketika itu.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan