Kemampuan Berdikari Dan Peluang Kerjaya Murid OKU Selepas Tamat Persekolahan


Dalam bahagian pertama laporan khas ini yang diterbitkan Majalah Pendidik pada bulan lepas,penulis kongsikan mengenai peluang pendidikan, cabaran dan masa hadapan kanak-kanak OKU di Malaysia. Dunia kini menempuh era baru digital dengan aktiviti ekonomi dipacu dan diteraju letusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang kini dirujuk sebagai Revolusi Industri 4.0 dan mahu tidak mahu golongan OKU turut akan terkesan dengan setiap perubahan yang berlaku. Segala bentuk latihan, kemudahan dan program untuk menyedarkan masyarakat perlu dirangka bagi memastikan golongan OKU tidak ketinggalan dan komuniti juga tidak meminggirkan mereka.

Kesediaan Malaysia menandatangani Proklamasi Penyertaan Penuh dan Penyamaan Peluang bagi OKU pada 16 Mei1994 bermaksud kerajaan memberi aku janji kepada masyarakat dunia bahawa kesejahteraan hidup golongan OKU di negara ini akan dipertingkatkan. Kerajaan turut menandatangani Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya (ConventionOn The Right Of Person With Disabilities) pada 8 April 2008 bersama 158 negara lain untuk mengiktiraf dan memberikan hak sama rata kepada OKU.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan