Kenderaan Anda Terbabit Kemalangan Atau Kecemasan? Jangan Panik. Ambil Langkah Ini!


Apabila kemalangan berlaku, perkara pertama yang kebanyakan kita lakukan adalah panik. Tidak kira jika anda terdampar di lebuh raya yang sibuk atau jalan yang lengang; jika kereta anda rosak atau terbabit dalam kemalangan, anda pasti akan merasa tidak berdaya dan lemah.Tidak dapat dinafikan, ia juga meletakkan anda dan pemandu lain dalam risiko berlaku lagi kemalangan selanjutnya. Memang sangat mudah untuk menjadi paranoid dalam keadaan kereta yang dipandu laju dan lori yang besar lalu lalang, namun perkara pertama yang perlu anda ingat ialah bertenang dan berfikiran waras agar anda dapat mengurangkan tekanan dan bahaya kepada diri anda dengan mengikuti langkah-langkah selamat berikut:

Alihkan Kenderaan Anda Ke Laluan Kecemasan

Adakah kenderaan anda mengalami kerosakan? Biasanya, kenderaan memberikan tanda-tanda tertentu seperti; gegaran kuat,kepulan asap di bonet hadapan, bunyi kuat yang tidak biasa kedengaran daripada enjin, atau kedengaran bunyi yang pelik daripada tayar,dan lain-lain. Amati atau dengarkan tanda-tanda tersebut, nyalakan signal ke kiri, dan mulai mengemudi kenderaan anda perlahan-lahan kearah lorong kecemasan untuk berhenti dengan selamat.Tiba di lorong kecemasan, nyalakan lampu kecemasan (hazard) kenderaan anda,bertenang dan ambil langkah berikutnya.Lakukan perkara yang sama jika berlaku kecelakaan jalanraya.

Bila Anda Perlu Mematikan Enjin

Jika punca kerosakan kenderaan anda ada kaitan dengan enjin (yang jelas daripada bunyi dan asap yang datang dari bonet), matikan enjin sebaik-baik sahaja kenderaan anda dialih ke tempat yang selamat.Biarkan enjin kenderaan menyejuk selama sekurang-kurangnya 10 minit sebelum anda cuba membuka dan memeriksa bonet. Kami tidak mahu anda sendiri terbakar atau melecur!

Keluar Dari Dalam Kereta Anda

Seandainya anda telah berhenti dilorong kecemasan di lebuh raya yang sibuk, beringat-ingatlah untuk keluar dari pintu sebelah kiri kerana banyak kenderaan yang dipandu laju di sebelah kanan anda. Tunggu di belakang penghadang atau pembahagi jalan sebelum mendail telefon bimbit anda untuk minta bantuan. Bagaimanapun,jika anda berada di jalan yang sunyi ditengah malam tanpa teman, lebih baik tunggu di dalam kenderaan anda dan pastikan semua pintu dikunci sehingga bantuan tiba.

Pastikan Telefon Bimbit Anda Berfungsi

Pastikan bateri telefon bimbit anda sekurang-kurangnya di paras 20 peratus sebelum memandu ke mana-mana sahaja. Anda memerlukan bateri untuk membuat beberapa panggilan atau menggunakan aplikasi SOS seperti Kurnia One Touch. Sekiranya telefon bimbit anda tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan bateri terlalu lemah (kurang daripada lima peratus)dan tiada pilihan lain, segera akses aplikasi Kurnia One Touch dan klik ‘SOS’.Atau, jika bateri kereta anda masih berfungsi dan boleh mengecas telefon bimbit anda, silalah berbuat demikian. Sistem GPS aplikasi Kurnia One Touch akan dapat mengesan lokasi anda dengan cepat, dan anggota pasukan Kurnia Auto Assist akan dihantar secepat mungkin.

Apakah Aplikasi“Kurnia One Touch”?

Kurnia One Touch adalah aplikasi percuma untuk membantu semua pelanggan Kurnia di jalanraya sekiranya berlaku kecemasan.Aplikasi ini membolehkan anda mendapatkan bantuan hanya dengan satu klik, dan bukannya terpaksa tercari-cari nombor untuk dihubungi. Di samping ciri SOS,anda juga boleh mencari pejabat cawangan dan bengkel panel Kurnia yang terdekat, atau Agen Kurnia yang berada paling hampir untuk memberikan anda khidmat serta penyelesaian insurans.

Dengan ciri pemberitahuan tuntutan insurans yang ada pada aplikasi ini, anda juga boleh menghantar butiran kemalangan hanya dengan beberapa klik.Muat naik sehingga 16 keping gambar dan tambah maklumat mengenai saksi dan pihak ketiga bagi mempercepatkan proses tuntutan!

Proses Tuntutan Kurnia express Amat Mudah

Jika anda adalah pelanggan Insurans Kenderaan Komprehensif Kurnia, anda pasti gembira mengetahui bahawa terdapat hanya 2 langkah dalam keseluruhan proses tuntutan jika anda terbabit dalam kecemasan kenderaan.

Laporkan kecelakaan kepada pihak polis dalam masa 24 jam.

Bawa kenderaan anda dan dokumen yang diperlukan ke Cawangan Kurnia yang terdekat dalam masa 48 jam selepas berlaku nahas itu.

Senarai dokumen yang diperlukan pun tidaklah begitu panjang. Malah,oleh sebab anda sedang membaca rencana ini, jadikanlah ia peringatan untuk menyusun semua dokumen ini dalam satu fail sebaik-baik sahaja tiba di rumah. Ia pasti akan berguna suatu hari nanti dan anda akan bebas daripada risiko tercicir sebarang dokumen penting ketika dalam keadaan panik!

• Borang Tuntutan

• Laporan polis (salinan asal)

• Slip laporan polis

• Dokumen Pendaftaran Kenderaan yang dikemas kini

• Kad Pengenalan pemandudan pemilik polisi insurans(salinan)

• Lesen Memandu pemandudan pemilik polisi insurans(salinan)

• Sijil/polisi Insurans (salinan)

• Dokumen Pendaftaran Perniagaan (salinan) - bagi syarikat

• Kenderaan Berdaftar sahaja

Kenapa Kurnia Auto Assist adalah Insurans Motor Terbaik untuk Guru?

Sebagai pendidik anak bangsa, anda sudah mempunyai banyak perkara untuk difikirkan dan berurusan dengan masalah kenderaan serta insurans tentunya menjadi perkara terakhir yang anda mahu risaukan. Itulah sebabnya perkhidmatan Kurnia telah dibentuk agar tidak rumit dan keperluan dokumen yang minimum bagi disesuaikan dengan keperluan dan kemudahan anda.

• Bantuan kecemasan tersedia 24/7, hanya klik butang SOS pada aplikasi, atau hubungi talian bantuan kemalangan 1800 883833.

• Khidmat menunda percuma adalah sebahagian daripada tuntutan polisi Insurans Kenderaan Komprehensif Kurnia dan Auto 365 anda.

• Sekiranya kenderaan anda kehabisan minyak, hubungi nombor yang sama untuk khidmat penghantaran bahan api.

• Tidak perlu lagi berbaris panjang untuk memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan. Kedua-duanya boleh diperolehi melaluisatu pembayaran sahaja.

Jadi, sekarang anda sudah mengetahui tip dan penyelesaian mudah mengenai apa yang harus dilakukan ketika terbabit dalam insiden kecemasan kenderaan.Jika anda merasakan rencana ini bermanfaat dan kenal seseorang yang memerlukan nasihat berhubung perkara ini, bantulah mereka dengan menyampaikan maklumat ini.

Moga perjalanan anda selamat,pandulah dengan berhati-hati dan ingat jangan panik!

Muat turun aplikasi Kurnia OneTouch secara percuma dari App Store atau Play Store anda hari ini! Untuk maklumat lanjut mengenai Insurans Kenderaan Kurnia dan tuntutan, lawati laman web berikut:

www.kurnia.com/services

www.kurnia.com/content/kurniaexpress-claims