Murid Melaka Sahut Cabaran Kitar Semula Plastik


Seramai lebih 3,000orang murid di Melaka bersama-sama memerangi masalah sisa plastik melalui pertandingan lakonan, fotografi, penuturan kata dan juga pertandingan kitar semula sebagai sebahagian daripada Cabaran Alam Sekitar Sekolah MPMA-Dow 2018.

Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA) dan The Dow Chemical Company (Dow)bekerjasama untuk kali kelima dalam cabaran yang diwujudkan bagi mendidik murid sekolah tentang pengasingan sisa dan kitar semula bagi membantu mengurangkan jumlah sisa yang dibawa ke tapak pelupusan dan berakhir di persekitaran sebagai sampah.

Program yang bermula pada April, terdiri daripada empat cabaran yang mendidik dan memberi inspirasi kepada murid tentang kepentingan kitar semula dan kelestarian. Cabaran-cabarantersebut ialah:

• Pengumpulan Bahan Boleh Kitar Semula: Murid mengumpul bahan-bahan boleh kitar semula (plastik,kertas, aluminium, e-sisa) dan membawanya ke sekolah untuk ditimbang dan dikumpul.

• Fotografi: Murid menghantar foto yang menampilkan tema“Saya Suka Kitar Semula”(I Love Recycling).

• Persembahan Sketsa:Murid menghasilkan dan mempersembahkan sketsa bertemakan “Penjahat Sampah lwn. Wira Kitar Semula” (LitterVillain vs. Recycle Hero).

• Persembahan Sebutan Korus: Kumpulan-kumpulan murid mengambil bahagian dalam pertandingan sebutan korus bertemakan Tiga R: “Kurangkan, GunaSemula, Kitar Semula”.(Reduce,Reuse,Recycle)

Murid SK Tehel, Bemban, Melaka menunjukkan persembahan sketsa mereka.

“Program ini terus berkembang saban tahun dan membantu memberi inspirasi dan mendidik generasi murid akan datang agar mereka menjadi penjaga alam sekitar yang lebih baik,” kata Dato’ Raymond Sng, Naib Presiden MPMA.

“Pertandingan ini mendorong kombinasi yang hebat antara sikap ingin tahu dan kesedaran terhadap kelestarian berserta daya kreativiti dan ekspresi melalui pelbagai cabaran,” tambahnya.

Cabaran ini merupakan sebahagian daripada platform yang lebih besar untuk penambahbaikan sosial dan alam sekitar melalui pendidikan dan bantuan,memastikan agar murid memahami serta menyokong usaha pengurusan sisa yang bertanggungjawab.

Turut menjadi sebahagian daripada platform pendidikan ini ialah Eco-Ranger Camp yang mana Dow dan MPMA bekerjasama untuk membantu mengajar murid rmengenai pengurusan sisa, kitar semula serta memahami plastik sebagai bahan berharga.

Semasa kem berkenaan yang diadakan pada Mei lalu, murid berganding bahu bersama-sama guru untuk membangunkan projek-projek kelestarian yang kemudiannya dilaksanakan disekolah mereka.

“Selaku pengeluar plastik yang utama, Dow percaya bahawa tiada satu plastik pun sepatutnya berada di alam sekitar,” kata Dr. Han Zhang,pemimpin kelestarian dan sokongan Asia Pasifik, Dow Packaging &Specialty Plastics.

“Usaha ini hanya akan terlaksana melalui jalinan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan seperti MPMA dan mendidik murid mengenai nilai bahan-bahan yang kita gunakan setiap hari agar kita dapat berusaha bersama-sama untuk memajukan ekonomi pusingan,” ujarnya lagi.

Penyertaan Cabaran Alam Sekitar Sekolah MPMA-Dow telah meningkat daripada enam buah sekolah pada tahun 2016 menjadi 17 buah sekolah tahun ini.

Program ini diwujudkan oleh MPMA dan Dow yang bersifat swakekal agar ia dapat meneruskan misinya dalam mendidik dan menginspirasikan generasi masa depan sekali gus meluaskan capaiannya di seluruh Melaka.

Program ini akan terus dijalankan bersama rakan kongsi E Ijau Millennium Explorer, sebuah NGO alam sekitar yang menerajui usaha pembangunan sekolah-sekolah eko di Melaka, berasaskan prinsip-prinsip teras yang diwujudkan oleh Dow dan MPMA.

Selain E Ijau, program ini bekerjasama dengan pengitar semula tempatan, Lam Chong Group untuk pertandingan Pengumpulan Bahan Boleh Kitar Semula. Lam Chong Group bersetuju untuk meneruskan program pengumpulan bahan boleh kitar semula sebagai cara untuk mengekalkan amalan kitar semula kepada sekolah yang mengambil bahagian.

“Bersama-sama Dow, kami percaya bahawa usaha membantu murid memahami pengurusan sisa secara bertanggungjawab pada usia muda adalah komponen kritikal untuk mengurangkan sampah yang terkumpul dipersekitaran kita,” kata Sng.

Bagi pertandingan tahun ini,murid mengadakan persembahan di hadapan barisan hakim yang memilih persembahan terbaik dalam setiap kategori.

Pemenang-pemenang pertandingan adalah seperti berikut:

Latar Belakang MPMA

Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA) ditubuhkan pada 1967 adalah sebuah persatuan perdagangan progresif dan suara rasmi industri plastik Malaysia.MPMA mewakili ahli-ahlinya serta industri dalam interaksi dengan kerajaan, menerajui pertumbuhan industri plastik dan menyediakan platform bagi membantu ahli-ahli berdaya saing di peringkat global.Satu daripada aspek tumpuan utama MPMA ialah kelestarian.MPMA menganjurkan pelbagai program kesedaran dan pendidikan tentang plastik untuk sekolah-sekolah serta orang awam.Program-program tersebut turut menekankan cara pelupusan sisa plastik yang betul, kitar semula plastik dan konsep 3R (kurangkan,guna semula, kitar semula).

Mengenai Dow Packaging and Specialty Plastics

Dow Packaging and Specialty Plastics, satu unit perniagaan DowDuPont Materials Science,menggabungkan kekuatan teras R&D, capaian seluruh dunia,rangkaian produk yang luas serta kepakaran industri untuk menyediakan teknologi berprestasi tinggi kepada pasaran pengguna akhir dalam pembungkusan makanan, produk kebersihan diri,infrastruktur, barangan pengguna dan pengangkutan.

Dow Packaging and Specialty Plastics adalah satu daripada pengeluar resin polietilena, resin khusus dan pelekat yang terbesar didunia, serta merupakan penginovasi dan rakan usaha sama utama dalam seluruh rantaian nilai bagi pembangunan aplikasi mampan serta reka bentuk kitar hayat ekonomi untuk plastik.

Dow menggabungkan pengetahuan sains dan teknologi untuk membangunkan penyelesaian sains bahan utama yang penting untuk kemajuan manusia. Dow mempunyai satu daripada kit alat bantuan paling mantap dan paling meluas dalam industri,dengan teknologi yang mantap,penyepaduan aset, skala dan keupayaan berdaya saing yang membolehkannya menangani isu global yang rumit.

Portfolio perniagaan bahan canggih, perantaraan perindustrian dan plastik Dow yang didorong pasaran dan menerajui industri membawakan rangkaian luas produk dan penyelesaian berbeza yang berasaskan teknologi kepada pelanggan dalam pasaran yang pesat berkembang seperti pembungkusan, infrastruktur, dan penjagaan pengguna.

Dow ialah subsidiari DowDuPont(NYSE:DWDP), syarikat induk yang terdiri daripada Dow dan DuPont yang bertujuan untuk membentuk tiga syarikat yang kuat, bebas,dan didagang awam dalam sektor pertanian, sains bahan serta pengkhususan.