Puisi:Cina Peranakan Kelantan



Mekar bunga mei merafak khabar hikmat
Moyang peranakan mengorak destinasi
bermatlamat
Berbekalkan tekad hijrah hasrat penuh niat
Menyantuni sinar harapan bahagia berkat
Terokai penghidupan baru kental bersemangat


Meniti jejak-jejak buih silam yang keramat
Menerobosi era prahara ligat
Menyentap samudera ganas langkat
Menatang cuaca yang panas hangat
Merentangi lautan china selatan yang pepat
Dari utara hingga ke selatan selat
Mengendong keras perjalanan jenuh menjengat
Menelusuri denai-denai permai teniat
Berbiduk bertongkang yang berkarat


Ketika puputan angin pawana melaut tiada tersejat
Ceritera membentuk sejarah mampat
Tanah Melayu kini mastautin kekal berehat
Pelbagai ngilu ditempuhi dengan jiwa cermat
Kelantan tetap pilihan lubuk yang padat
Ulaman dan budu menjadi sajian ruji berlazat
Amalan makan peranakan guna tangan bekat
Lidah petah berbicara pelat Kelantan pekat
Berbaju Melayu, nona kebaya, kekadang semutar
dan berkain pelekat
Berkulit sawo matang iras-iras Melayu pribumi
setempat
Gelaran Cina Peranakan kini gah sinonim tersemat


Cina Peranakan berkurun berpegang adat
Asal kebudayaan dan agama kekal munajat
Keajaiban panorama hidup semula jadi nikmat
Akhirnya terperosok di bumi Melayu berdaulat
Jua berlabuhlah sebuah hajat penuh makrifat
Terpahat kemakmuran hidup di perdu masyarakat.


OUI SAL
Tanah Merah, Kelantan