Puisi:Aku Mahu Hidup Lagi



Ada sesiapa yang melihat
Aku yang makin hilang
Ditenggelam jeram hidup yang rakus


Ada sesiapa yang melihat
Pertarunganku melawan kekosongan
dan kesepian
Menyembuhkan segala kesakitan
yang terpendam
Yang diikat erat dalam tangisan
tersembunyi


Ada sesiapa yang melihat
Jiwaku yang terus dikoyak
Dicarik suara yang tiada nada
Menguncikan tiap rasa, akal dan nafsu


Ada sesiapa yang melihat
Yang aku mahu kembali
Melihat pelangi di antara awan
Dihangati pelukan matahari
Untuk mahu hidup lagi


SHANIKA LATISHA