Pendidik Jun 2017
Pena Pengarang

KPM Prihatin
Kebajikan Guru

Guru telah banyak berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan tempat berkhidmat. Mereka bersedia taburkan khidmat bakti di bandar dan luar bandar. Guru jugalah pihak yang diminta terus menjadi ejen perubahan kepada kemajuan masyarakat.

Sudah semestinya segala kecemerlangan yang Malaysia capai hari ini tidak datang secara tiba-tiba. Pasti kejayaan tersebut dicapai menerusi asuhan dan bimbingan daripada ramai guru yang mengasuh dan membimbing pemimpin kerajaan, artkitek, jurutera, doktor, peguam dan lain-lain.

Di sebalik rungutan segelintir guru tentang bebanan tugas yang berat dan kian bertambah mengikut perubahan masa, namun kebajikan dan peluang meningkatkan kerjaya terus mendapat perhatian kerajaan. Inilah antara faktor utama dan motivasi bagi golongan guru baharu dan lama untuk terus menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara.

Kebajikan guru di negara ini sememangnya mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Masalah semasa - antaranya isu guru duka lara telah berjaya diselesaikan secara berperingkat-peringkat. Malah KPM juga telah menambah baik urusan pertukaran guru melalui e-GTukar dengan memberi kuasa kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk membuat keputusan bagi melancarkan proses pertukaran ini. Di samping itu urusan permohonan pertukaran ditawarkan sebanyak empat kali setahun berbanding hanya dua kali sebelum ini.

KPM sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan bagi memastikan kebajikan warga pendidik tidak diabaikan. KPM juga sedar akan kegelisahan segelintir guru berkaitan beban tugas yang perlu disempurnakan di sekolah masing-masing. Atas keprihatinan terhadap perkara tersebut, KPM terus berusaha mengoptimunkan sumber manusia dalam kalangan guru.

Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan kualiti PdP guru bagi mengatasi isu kerencaman tugas hakiki dan tugas tambahan di sekolah.

Vaksin tiba-tiba sahaja menjadi tular. Hal ini terjadi apabila virus dan bakteria didakwa terlepas dari makmal kebanggaan bangsa. Menyusup keluar dengan jumlah yang luar biasa banyaknya. Belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berwajib mengenai kesahihan berita ini. Pernyataan beberapa orang individu lain sahaja yang mudah menarik perhatian orang ramai, "stok vaksin tetap terkawal dan mencukupi."

Tetap

Puisi : Seribu Jejak Berliku

Perjalanan ini telah ditandai
Seribu jejak berliku
Pada siang ada bebayang
Membentuk arca
Kejatian peribadi
Pada langkah pertama
Merentasi jeram berduri onak
Panas api pucuknya menyambar
Jelaga berzaman

Tetap

Puisi : Ruang & Lorong

Ruang perjalanan itu berliku
Laluannya sarat dengan kerikil tajam dan batu-batu
Lorong terus itu pasti sukar untuk ditemu
Apatah lagi jalan yang cerah tanpa halangan.
Ku mengharap laluan seindah lorong terus
Mengharap kesucian jiwa di jalan Tuhan.

Tetap

Puisi : Walau malu tetap meminta syurga

Allah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wadud..
Alirkan rasa cinta di hari aku…
Hadirkan ia bersama rasa keikhlasan aku…
Aku adalah pengembara hati…
Mencari jalan abadi dan hakiki..

Bahasa

Mudahnya Mengenali Kata Kerja Transitif

Sesetengah pengguna menghadapi masalah untuk mengenali kata kerja transitif (KKT). Pengguna juga didapati kurang memahami ciri-ciri khusus kata kerja tersebut. Akibatnya ayat yang dihasilkan tidak gramatis. Keadaan ini mungkin berlaku apabila pengguna tidak dapat membezakan antara KKT dengan Kata Kerja Tak Transitif (KKTT).

Album

Album KPM Jun 2017

Kementerian Pendidikan meluluskan sebanyak 2,825 pertukaran guru termasuk 80 peratus atau 2,261 daripadanya membabitkan kes duka lara atau guru yang tinggal berasingan daripada pasangan masing-masing. KPM menerima 20,470 permohonan pertukaran guru bagi sesi Jun tahun ini.

Fakta

6 Perkara yang boleh buat anda tidak disukai

Hal yang kecil boleh membuat seseorang tidak disukai dalam pergaulan. Jika tidak mahu itu terjadi, jauhilah daripada melakukan enam kebiasaan yang berikut.

Fakta

Makan Buah Sebelum Atau Sesudah Makan?

Buah merupakan sumber makanan yang tidak boleh anda ketepikan setiap hari. Buah termasuk salah satu syarat yang perlu dipenuhi dalam pola makanan seimbang. Masukkan buah ke dalam menu harian anda untuk memenuhi keperluan serat, vitamin, dan mineral.  Namun, perkara yang sering menjadi pertanyaan ialah bila sebenarnya waktu terbaik untuk makan buah? Sesudah atau sebelum makan?

Leluhur Melayu

Daya Fikir Halus dan Tersirat - Pantang Larang Masyarakat Melayu

Adat atau norma kehidupan merupakan peraturan hidup sesuatu masyarakat yang dipraktikkan sejak turun-temurun. Tatacara kehidupan yang menjadi kebiasaan ini diterima oleh masyarakat sehingga menjadi suatu hukum atau undang-undang yang perlu dipatuhi.

Rencana Umum

Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan

Pengurusan bilik darjah bagi seseorang guru sememangnya teramat penting selain mengajar dan mendidik murid. Jika seseorang guru berjaya mengurus bilik darjah dengan sempurna, maka proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) boleh ditafsirkan sebagai berjaya. Namun jika seseorang guru gagal mengawal dan mengurus bilik darjah dengan berkesan, berkemungkinan besar, impak negatif akan wujud yang mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Maka objektif atau hasil pembelajaran gagal dicapai secara berkesan.

Kolumnis

Ceritera 6 - Abang Lias

Abang Lias, satu-satunya abangku yang masih bersama-sama kami. Dua orang abangku yang lain telah dijemput Ilahi beberapa tahun dahulu. Dalam meniti usia 70-an, Abang Lias tetap sihat dan kuat walaupun kadang-kadang dia batuk-batuk. Abang Liaslah tempat untuk aku mengadu apa-apa sahaja masalah dan kerunsingan yang kualami. Di bahunyalah kulepaskan rasa gundah dan kecewa.

Psikologi

Cara Menipu Untuk Berjaya

Secara umumnya, menipu adalah suatu perbuatan yang tidak baik dan amat ditegah dalam amalan seharian kita. Walau bagaimanapun, dalam bidang psikologi, terdapat satu teknik yang menggalakkan anda untuk menipu dan perbuatan 'menipu' dalam konteks ini bukan sahaja tidak mendatangkan kemudaratan, malah mendatangkan manfaat bergantung kepada tujuan anda menggunakan teknik ini.

Rencana Umum

Guru Perpustakaan & Media Juga Ada Jasanya

Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2017 baharu sahaja berlalu pada 16 Mei yang lepas di Johor Bahru, yang merupakan sambutan kali ke-46. Memasuki bulan Jun kini, maka segala kemeriahan majlis keraian bagi menzahirkan penghargaan terhadap jasa guru-guru yang menyusul di peringkat negeri, daerah serta sekolah pada sepanjang Mei pun turut berakhir. Segalanya kembali seperti sediakala.

Pendidikan Khas

Ketahui 7 Kategori Murid Berkeperluan Khas

Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya, begitulah diibaratkan kebolehan dan kemampuan guru pendidikan khas mengenali serta mengenal pasti murid berkeperluan khas (MBK) semasa bergaul dalam masyarakat.

Pendidikan Global

Hope For A Better Future - A Malaysian Teacher Creates A Heaven For Refugee Children

When shy and socially awkward Rohingya refugee, Ayub first stepped into a classroom at a learning centre for refugees several years back, he found himself in a strange and frightening environment into which he did not fit. "I was embarrassed," the 14-year-old teenager said. "Other children could speak some English but I could not speak at all."

Rencana Umum

Pembudayaan Pendidikan Sepanjang Hayat

Kejayaan dan usaha gigih individu yang berjaya menyiapkan ijazah kedoktoran dengan pelbagai cabaran dan onak duri turut menjadi pencetus semangat kepada beliau. Akhirnya dengan kudrat yang diberikan oleh Tuhan dan doa tidak pernah lekang serta sokongan dan bantuan individu yang tidak pernah luntur, maka pada 15 Oktober 2016 dalam Majlis Konvokesyen ke-6 Asia e-University di PWTC, Mary berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah pada usia 65 tahun setelah lima tahun bertungkus lumus.

Halaman 1 dari 2

Promo Widad Kembara Kembara Widad - EP01 - KEDAH LANGGAR FAUZIAH Kembara Widad - EP02 - PERAK BAGAN SERAI JAMALUDDIN Kembara Widad - EP03 - PERLIS SANTAN SARINA Kembara Widad - EP04 - KEDAH BALING AZURA Kembara Widad - E05 - PERAK BATU KURAU FARID