Pendidik Julai 2018
Pena Pengarang

                                                      Mengembalikan Tugas Membentuk Jati Diri Insan                                                                                                                                     

Tugas guru sesungguhnya bukan mudah.Sesungguhnya tanggungjawab mendidik adalah amat besar, bukan hanya membabitkan pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga tugas membentuk jati diri insan, selaras hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Elok benar dikembalikan semula tugas guru sebagai pendidik disekolah, bukan memaksa mereka menghabiskan banyak masa melakukan kerja perkeranian dengan mengisi borang.

Di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, disandarkan impian agar beban kerja guru di sekolah yang terpaksa dibawa pulang ke rumah sehingga bebanan itu menjejaskan tahap kesihatan.

Syukur, pada awal Jun lalu Kementerian Pendidikan memutuskan untuk memberhentikan berkuat kuasa serta-merta siri audit Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang2 (SKPMg2) yang dijalankan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti(JNJK).

SKPMg2 terdiri daripada lima standard iaitu kepemimpinan,pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal pelajar, pembelajaran dan pemudahcara(PdPc) serta kemenjadian murid.

Isu pendidikan yang dibangkitkan oleh kelompok guru, sama ada melalui media sosial, khususnya program yang pada awalnya dikenali sebagai Standard Tinggi Kualiti Pendidikan(STKP) pada 2001, dijenamakan semula pada 2003 dengan nama Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)dan kemudian ditambah baik pada 2010 dan bermula Mac 2017 dikenali sebagai SKPMg2, akhirnya proses audit diberhentikan oleh Menteri Pendidikan,Dr Maszlee Malik.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Guru Kebangsaan (NUTP) selama ini menyifatkan penyediaan laporan itu oleh guru sebagai mengalihkan fokus guru kepada pendidikan sebenar.Para guru di seluruh negara melihat kerja penyediaan laporan itu tidak mendatangkan hasil kepada proses pengajaran dan pembelajaran, apatah lagi mengambil masa mereka untuk mengajar dan berinteraksi dengan murid di dalam kelas.

Meringankan beban guru adalah salah satu azam kerajaan untuk memperbaiki sistem pendidikan. Hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk membangunkan murid dengan Enam Aspirasi- Pengetahuan, Kemahiran berfikir, Kemahiran memimpin,Kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional perlu direalisasikan.

Di bawah kepimpinan Dr Maszlee,diharapkan sistem pendidikan negara kita memasuki era baharu iaitu pembelajaran dan pengajaran akan lebih menyeronokkan dan menggembirakan.

Rakyat khususnya golongan pendidik amat berharap apa yang dicadang dan dirancangkan oleh beliau akan mencapai kejayaan dan memenuhi keperluan guru.Begitu juga peranan dan tanggungjawab kementerian secara keseluruhannya,iaitu berubah untuk memperbaiki kelemahan atau kekurangan.

Bagaimanapun, apa juga perubahan yang bakal dilakukan, matlamat pendidikan negara jangan tersasar untuk merealisasikan pencapaian hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Dewasa ini, tugas seorang guru sekolah amat mencabar. Mereka bukan sahaja perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah murid dan ibu bapa, bahkan terpaksa memikul bebanan kerja yang semakin bertambah.

Tumpuan

Enam Tahun PPPM PPPM 2013-2025 Ke Arah Memartabatkan Sistem Pendidikan negara

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meletakkan negara dalam kalangan satu pertiga teratas negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia. Menyedari hakikat bahawa pendidikan mempunyai ekosistemnya sendiri yang perlu dimantapkan, usaha bersepadu dan komprehensif melibatkan semua pihak perlu dilaksanakan secara berterusan. Dr Hayati Ismail,Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia yang pernah terlibat secara langsung dengan penggubalan PPPM 2013-2025 semasa bertugas di Kementerian Pendidikan Malaysia menyingkap pembangunan pelan ini pada tahun keenam pelaksanaannya.

uji minda

Jawapan Uji Minda

Jawapan Uji Minda

Gaya Hidup

Rumah Bersih Tingkatkan Kebahagiaan

Sebuah kaji selidik menemukan,seberapa kerap anda membersihkan atau mengemaskan rumah boleh mempengaruhi keadaan emosi dan mental. Selain itu, keadaan rumah yang bersih juga boleh membuatkan anda lebih produktif dan mengurangkan stres.

Tetap

Cerpen:Sekotak Tisu Hadiah Hari Guru

Lorong kecil di belakang sekolah menjadi laluan utama untuk pulang ke rumah. Tidak kira berpanas atau hujan,Dalila murid Tahun Enam Akasia tetap menjadikan lorong itu sebagai laluan untuk ulang-alik ke sekolah setiap hari dengan semangat yang menggunung. Memang, inilah satu-satunya murid yang memiliki semangat yang luar biasa dalam mencari ilmu pengetahuan biarpun telah menjadi yatim piatu sejak umur 7 tahun lagi. Pak Cik Ikhwan dan isteriya Rohidah kemalangan jalan raya di Pekan Gerik meninggalkan Dalila yang kisah gembiranya diragut sengsara berpanjangan.

Tetap

Puisi:Lopak

Banyak lopak itu
menghalang perjalanan terancang
mengganggu visi dan misi
menuju destinasi murni.

Tetap

Puisi:Tanah Tumpah Darah Kita

Melaka
Aku datang ke rumahmu
mengetuk pintu pertemuan
membuka kunci persaudaraan
mengucapkan salam perkenalan
kuziarahi daerah pahlawanmu

Tetap

Puisi:Abstrak Shakira(Balada anak Rohingya di Panti Pelarian)

Lewat satu dasawarsa
Lewat satu dasawarsa
Baharu bisa mencicip rasa
Enaknya sannahbul yang kurindu
Biar bukan hasil panen bumiku.

Tetap

Puisi:Guru Yang Berilmu


Jika guru bijak dan berilmu,
Murid pintar segak dan maju.

uji minda

Uji Minda

Menegak

6. Merujuk pada masa.

7. Sempurna.

8. Mengikut sesuatu ajaran.

9. Hantu

10. Hasrat hati.

11. Memanggil atau melaung.

14. Sejenis racun ikan.

17. Digunakan untuk mengambil buah.

20. Tidak mencukupi.

Melintang

1. Untuk naik dan turun.

2. Digunakan untuk melihat wajah.

3. Lawan bagi ‘menang’.

4. Spesies ikan.

5. Lelaki yang belum berkahwin.

12. Sumbangan.

13. Digunakan pada nama orang.

15. Nama lain bagi bumbung.

16. Nama lain bagi kedai.

18. Sisa barang yang telah habis terbakar.

19. Tidak setia.

Kolumnis

Gaya Bahasa Warkah Sultan Abdul Samad

Warkah tentang pengumuman pungutan cukai ini dinukilkan oleh Sultan Abdul Samad pada 27 Muharam 1293 (23 Februari 1876), yang menjadi Sultan Selangor pada waktu itu. Warkah ini ditujukan kepada seluruh rakyat negeri Selangor serta orang asing yang berada di negeri tersebut. Warkah ini menerima tempias revolusi perkembangan percetakan di alam Melayu pada abad tersebut dengan dicetak, bukan ditulis tangan seperti kelaziman warkah-warkah Melayu lama.Sungguhpun demikian, ciri-ciri warkah seperti kepala, cap, puji-pujian,kandungan, dan penutup warkah masih diberi keutamaan.

Kolumnis

Antara Libasan Dan Pesanan Ayah

Melewati taman permainan di tepi tasik dan memerhati anak-anak remaja bermain skateboard, hatiku terusik.Ternyata zaman telah mengubah segenap kehidupan masa kini. Tiada lagi permainan guli bulatan, kotak rokok, buluh peda mahupun bola preda yang pernah aku mainkan ketika usia remajaku.

Kolumnis

Komunikasi Lisan Rasmi Gunakanlah Kata Ganti Nama Diri Yang Betul!

Dalam konteks lisan rasmi, kata ganti nama diri yang dipilih ketika berkomunikasi perlulah sesuai, mematuhi etika dan mempunyai nilai kesantunan yang tinggi. Kata ganti ini perlu digunakan dengan betul dan tepat, terutama terhadap seseorang yang bergelar dan berpangkat.

Inspirasi

Jatuh Cinta Dengan Kuda Tukar Cikgu Halim Daripada Pemain Ragbi Menjadi Jurulatih Ekuestrian

Apabila sahaja melangkahkan kaki ke perkarangan Pusat Ekuestrian Negeri Pahang di Tanjung Lumpur, Kuantan, mata terus tertancap pada beberapa ekor kuda yang sedang bebas berkeliaran di satu sudut kawasan tersebut.

Halaman 1 dari 2

Promo Widad Kembara Kembara Widad - EP01 - KEDAH LANGGAR FAUZIAH Kembara Widad - EP02 - PERAK BAGAN SERAI JAMALUDDIN Kembara Widad - EP03 - PERLIS SANTAN SARINA Kembara Widad - EP04 - KEDAH BALING AZURA Kembara Widad - E05 - PERAK BATU KURAU FARID