Pendidik Ogos 2018
Pena Pengarang

                                                      Jasa Guru dan Murid Pendidikan Khas                                                                                                                                     

Di Malaysia, beberapa orang daripada golongan kelainan upaya(OKU) yang menyerlah dalam bidang masing-masing menimbulkan perasaan bangga apabila terbukti mereka juga sama hebat dengan manusia normal.

Apabila atlet negara meraih pingat dalam Sukan Paralimpik Rio 2016,masyarakat mula memberi perhatian kepada golongan OKU. Malah terdapat guru daripada kumpulan ini yang berjaya dinobatkan sebagai Ikon Guru Kebangsaan 2018. Golongan OKU juga mempunyai semangat dan keghairahan untuk mengharumkan nama negara.

Kegigihan kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan khas di sekolah, sama ada di sekolah pendidikan khas mahupun di sekolah arus perdana tampak membuahkan hasil. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menggariskan inisiatif khusus pendidikan inklusif bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) kini membuahkan hasil.

Kita bersyukur kerana MBK yang merujuk kepada kanak-kanak istimewa(luar biasa atau tercabar dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi)tidak dipinggirkan malahan samasa menyumbangkan bakti dan tenaga untuk negara.

Mereka adalah insan istimewa yang mempunyai kelebihan masing-masing dan banyak memberikan sumbangan yang positif terhadap sekolah jika diberi sokongan berterusan daripada ibu bapa, guru dan masyarakat sebagaimana murid arus perdana yang lain.

Murid yang menghadapi penyakit autisme, sindrom down,masalah pembelajaran disleksia,lewat perkembangan cerebralpalsy, kecacatan pendengaran dan penglihatan, pintar cerdas, kecelaruan tingkah laku dan lain-lain sebenarnya ada keistimewaan tersendiri.

Ucapan terima kasih kita tujukan kepada guru yang gigih mengajar,mendidik dan mengasuh insan istimewa ini.

Peranan dan tanggungjawab guru sangat memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap murid.Apatah lagi menjadi guru pendidikan khas yang berbakti mengajar murid-murid istimewa yang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.

Bukan semua murid berkeperluan khas mampu membaca, menulis seperti rakannya yang lain tetapi menjadi satu kebanggaan kepada gurunya apabila murid mereka mampu berdikari dan mengurus keperluan diri sendiri.Ia merupakan kejayaan terbesar yang dan hadiah yang tidak ternilai untuk seorang guru walaupun setelah masa yang lama diambil untuk mendidik mereka.

Majalah Pendidik ingin memberi penghargaan dan penghormatan kepada mereka atas sumbangan mereka dalam bidang yang diceburi,tidak kira kecil atau besar, termasuk kepada mereka yang menjadi ikon negara apabila mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Oleh itu, bersempena Hari Kebangsaan yang disambut 31 Ogos,kandungan majalah kali ini memberi tumpuan terhadap perkara yang melibatkan golongan ini baik guru mahupun murid.

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Kebangsaan 2018 telah melabuhkan tirai pada bulan Julai yang lalu. Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu menonjolkan pasukan dari Selangor selaku tuan rumah telah berjaya mengelola kejohanan pada tahun ini dengan jayanya.

jawapan

Jawapan Uji Minda

Jawapan Uji Minda

Kesihatan

Kesan Buruk Penggunaan Gajet kepada Remaja

Media sosial dan teknologi mengubah cara manusia berinteraksi. Kini jarak dan tempat tidak lagi menjadi halangan untuk kekal berhubung. Dengan hanya satu klik di hujung jari, jaringan interaksi sosial maya membolehkan anda kekal terhubung dengan orang lain tanpa mengira waktu.

Tetap

Antara Kasih Dan Retina

Sambil mengunyah kuaci yang tidak mengenyangkan, mataku melilau ke kanan dan ke kiri. Sesekali aku jenguk balik pohonan rimbun disebelah parkir. Tidak ada juga. Aku tercari-cari.Mana pulak abah ni? Mulutku tidak henti-henti mengomel sendiri sambil mencari orang tua kesayanganku ini.

Tetap

Puisi:Aku, Kita, Guru, Pendidik Atau Murabbi


Segugus doa dititipkan ke hadrat Ilahi
kerana telah mengkudratkan aku dan kita

ditabalkan sebagai guru

seperti yang telah tersurat di luhul mahfuz

walaupun beberapa kali berlegar

cuba meminang pelbagai profesyen

namun ternokta akhirnya

dengan jawatan-gelaran ini

syukur Alhamdulillah ya Robb.

uji minda

Uji Minda

Uji Minda

Kolumnis

Sifat Mulia Sultan Ahmad Tajuddin kepada E. A. Blundell

Coretan Sultan Ahmad Tajuddin yang dirujuk ini merupakan balasan atas warkah yang dikirim oleh Edmund Augustus Blundell (E. A. Blundell) sebelumnya. Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879) ialah Sultan Kedah ke-23 yang memerintah dari tahun 1854 sehingga 1879.Baginda menulis warkah ini sebagai tanda persahabatan dengan E. A. Blundell. Warkah bertulisan tangan dan bertulisan Jawi ini dikarang pada 28 Zulhijah 1272 (30 Ogos 1856).

Kolumnis

Rumah Merah Di Atas Bukit(Bahagian 1)

Masih kuingat ayat ini. “Rumah saya berwarna merah di atas bukit, tepi pekan Parit.” Aku pernah membacanya dalam sepucuk surat yang pernah dikirim oleh seorang pemuda kepadaku puluhan tahun yang lalu. Pada waktu itu aku merupakan seorang gadis yang berusia 16 tahun.

Gaya Hidup

4 Penyakit Akibat Kesesakan Jalan Raya

Anda yang tinggal di kota besar, mungkin sudah biasa dengan kesesakan lalu lintas. Semakin hari jalan raya terus semakin padat, akibat adanya pembangunan jalan dan bertambahnya jumlah kenderaan. Sukar rasanya untuk terhindar daripada kesesakan jalan raya. Selain membosankan, ia juga boleh mengundang pelbagai penyakit berbahaya.

Kolumnis

“Justeru” Penanda Wacana,Kata Pangkal Ayat Atau Kata Hubung

Kebanyakan pengguna bahasa didapati amat gemar menggunakan perkataan “justeru”pada permulaan ayat sama ada dalam komunikasi bertulis ataupun komunikasi lisan.Amalan ini dilihat sudah menjadi kelaziman dan menjadi ikutan banyak pihak!

Tip Guru Pakar

Ilmu STEM Angkasa Di HESA 2018

Ketika umat Islam di seluruh dunia riang gembira membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfiri, saya pula sedang “terbang” sejauh 15,000km, jihad menuntut ilmu di sebuah negara besar dunia, Amerika Syarikat. Terpilih bagi mengikuti suatu program pelatihan angkasa melalui program Honeywell Educators at Space Academy 2018 di Pusat Roket dan Angkasa Amerika Syarikat, Huntsville, Alabama merupakan peluang terbaik saya untuk menimba sebanyak ilmu STEM berkaitan angkasa bersama guru-guru dari seluruh dunia ini.

Agama

Kekal Sihat Gaya Rasulullah SAW

Dua nikmat yang sering diabaikan oleh manusia iaitu nikmat sihat dan waktu lapang. Nikmat sihat sangat berkait rapat dengan gaya hidup seseorang individu dari aspek pemakanan,aktiviti harian dan persekitaran. Islam mementingkan kehidupan yang sihat, kuat, cergas jasmani dan rohani.

 

 

Pendidikan Khas

Perkembangan Sistem Pendidikan Inklusif Jepun

Jepun - sebuah negara maju yang menikmati tahap pembangunan,pendapatan perkapita dan indek pembangunan manusia yang tinggi. Pada tahun 1982, Malaysia pernah menjadikan Jepun dan Korea sebagai contoh dan teladan melalui pelaksanaan Dasar Pandang ke Timur.

Pendidikan Global

9 Things You Didn’t Know About the SDGs And How They Impact The Lives Of Children

The extent to which the world delivers on the 2030 Sustainable Development Goals (SDGs) will directly affect the future of millions of children - and thus, our shared future as a global community. The SDGs are universal in scope, and their call to leave no one behind puts the world’s most vulnerable and marginalized people - including children - at the top of the agenda.

English Section

Child-Friendly Schools And Quality Education: Creating A Favourable Language Learning Environment

Globalisation and internationalisation has invited us to re-examine our notions of how the English language fi ts into the broader world and how it should be learnt. Learning the English language, we will agree, transcends beyond learning and knowing mere grammar rules or complex vocabulary.It now entails the ability to use the language to communicate ideas, thoughts and view points, to read,comprehend, manage and disseminate new information from various sources using new technologies.

Halaman 1 dari 2

Promo Widad Kembara Kembara Widad - EP01 - KEDAH LANGGAR FAUZIAH Kembara Widad - EP02 - PERAK BAGAN SERAI JAMALUDDIN Kembara Widad - EP03 - PERLIS SANTAN SARINA Kembara Widad - EP04 - KEDAH BALING AZURA Kembara Widad - E05 - PERAK BATU KURAU FARID