Pendidik Okt 2018
Pena Pengarang

                                                      Bina Keyakinan Diri Murid Orang Asli                                                                                                                                     

Dalam kalangan guru pada hari ini,janganlah terkejut jika anda bertemu murid Orang Asli yang terpinga-pinga dek kerana tidak pernah mendengar sepatah pun perkataan bahasa Inggeris.

Pengalaman ini mungkin diperoleh apabila anda terpaksa berjalan kaki merentasi denai yang becak, memandu atau menunggang di jalan lori balak yang berlopak atau berperahu atau naik bot di sungai, atau kombinasi mana-mana‘laluan mencabar’ ini untuk lima hari seminggu untuk ke sekolah.

Hanya guru yang berani, ikhlas dan bersifat cekal sahaja yang sedia mengharungi cabaran ini semata-mata untuk membina masa depan anak-anak di pedalaman khususnya di kawasan penempatan masyarakat Orang Asli.Merekalah yang mengharungi cabaran dari segi mental dan fizikal untuk mengajar di kawasan pedalaman.

Pada hakikatnya ini menunjukkan kerajaan Malaysia tidak pernah mengabaikan pendidikan untuk anak Orang Asli. Malahan masyarakat Orang Asli juga diberi perhatian dalam semua perkara termasuk pembangunan.Kehidupan Orang Asli semakin berkualiti ekoran pembinaan kemudahan awam seperti jalan raya, sekolah, air paip, lampu jalan serta bantuan perumahan sebagai bukti kerajaan mengambil berat hal ehwal mereka.

Kemajuan hidup masyarakat Orang Asli dan keturunan kaum tersebut sebenarnya bergantung juga pada ilmu pengetahuan melalui sistem pendidikan sekolah. Di sini wujud sedikit masalah apabila keciciran dalam kalangan murid Orang Asli masih wujud dan ini amat membimbangkan,terutama selepas mereka masuk ke sekolah menengah.

Hal ini berlaku kerana mereka kurang selesa dengan persekitaran baharu,berikutan sebelum itu bersekolah di sekolah rendah yang berhampiran kampung masing-masing.

Ada dalam kalangan mereka yang bersikap pemalu dan ini membuatkan mereka tidak mahu ke sekolah menengah berhampiran kerana rasa tidak selesa.Ini yang patut dielakkan dengan cara menghantar guru daripada kalangan Orang Asli sendiri untuk mengajar di sana.

Anak-anak Orang Asli kebanyakannya mempunyai masalah keyakinan diri kerana persepsi negatif terhadap mereka yang kononnya datang dari dunia luar. Kadang-kadang mereka merasa begitu rendah diri berbanding murid-murid lain terutama dibandar.

Lebih banyak peluang perlu diberi kepada murid Orang Asli. Jika mereka kurang baik dalam akademik, tumpukan perhatian mereka kepada bidang lain.

Pendidikan muzik, kokurikulum, dan sukan sangat penting di sekolah pedalaman murid Orang Asli bagi menggalakkan mereka hadir ke sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia memang menyedari hal ini dan usaha telah pun digerakkan,antaranya dalam sukan ragbi.

Kini pasukan ragbi murid Orang Asli telah pun wujud contohnya di Sekolah Kebangsaan (A) Bukit Lanjan, Selangor.Pasukan ragbi yang dikenali sebagai Lanjan Tigers ini telah mencipta kejayaan cemerlang pada tahun ini apabila menjadi Juara dalam Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor Bawah 12 tahun dan Naib Johan Kategori Plate Kejohanan Ragbi MSSD Petaling Utama.

Bakat murid Orang Asli perlu diasah hingga mereka mampu mewakili Malaysia suatu hari nanti seperti yang dilakukan oleh pemain ragbi daripada masyarakat Peribumi New Zealand dan Australia. Kita berharap akan muncul nama besar dalam bidang sukan ragbi daripada murid Orang Asli.

Aspek pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sesebuah negara kerana sektor pendidikan bertindak sebagai penyumbang utama kepada pembangunan modal insan serta ekonomi.

Gaya Hidup

Mencegah Kanak-Kanak Daripada Makanan Ringan

Membantu anak-anak anda tentang kepentingan makanan sihat adalah sangat diperlukan kerana membesar dengan amalan pemakanan yang buruk boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti,penyakit jantung dan kanser.

Tetap

Jawapan Uji Minda

Jawapan Uji Minda

Tetap

Empangan Kuala Kenering

Dia anak nelayan.Sering menjadikan pangkalan tua tempat persinggahan melontarkan curiga dan bimbang.Melepaskan semua kisah sedih tentang keluarga.Biarpun kemiskinan memaksa diri untuk kerap kali membenamkan perasaan bersama dalam lubuk tasik kerinduan.

Tetap

Puisi:Aku Mahu Hidup Lagi

Aku Mahu Hidup Lagi

Tetap

Puisi:Cina Peranakan Kelantan

Cina Peranakan Kelantan

Tetap

Uji Minda

Uji Minda

Gaya Hidup

Bagaimana Hadapi Kehilangan Orang Tersayang?

Kejutan dan kesedihan yang dialami selepas kehilangan seseorang adalah sangat berat.Kehilangan seorang kawan atau orang yang anda cintai sememangnya tidak mudah untuk dilupakan. Anda mula berubah dengan kehilangan yang berlaku, tetapi anda mesti belajar untuk bertahan, dan menjadi lebih matang.

Cakna Bahasa

“Jangan anggap remeh!” Tanda Baca dalam Penulisan Dokumen Rasmi

Tanda baca sering dilihat sebagai elemen yang kurang penting oleh segelintir pengguna bahasa. Senario ini berlaku kerana mereka beranggapan bahawa tanda baca hanya merupakan unsur sekunder dalam penulisan! Implikasinya, kita sering menemukan tulisan yang tidak menggunakan tanda baca ataupun tanda baca digunakan dengan cara yang tidak tepat.

Kolumnis

Kesantunan Berbahasa:Dalam Warkah Datuk Kelana Petra dan Datuk Lela Maharaja kepada E. A. Blundell

Kesantunan berbahasa merujuk kepada kesopanan dan ketertiban menggunakan kata-kata ketika berkomunikasi. Penggunaan bahasa yang baik, teratur, dan beradab semasa komunikasi lisan mahupun tulisan menggambarkan hati budi penuturnya.

Kolumnis

Kak Lah… Guru Sejatiku

Nama kakakku Ramlah. Usianya 75 tahun dan aku sepuluh tahun lebih muda daripadanya. Aku tinggal di selatan tetapi dia berada nun di pedalaman utara tanah air. Masih terbayang wajah kakakku yang sudah lama tidak kutemui itu. Aku selalu merancang untuk bertemunya tetapi sering kali juga gagal. Keadaan kesihatanku sekarang menjadi penyebab yang menghalang aku pulang menemuinya.

Agama

Al-Quran kekal ‘Luar Biasa’

Siapa yang tak kenal al-Quran? Kalaulah ditanyakan kepada sesiapa sahaja tentang al-Quran,sudah pasti jawapannya mereka mengenali al-Quran. Namun, persoalannya, sejauh mana kita sebagai umat Islam mengenal al-Quran ini? Apakah kedudukan al-Quran dalam agama Islam?Adakah ia sekadar kitab bacaan sahaja? Atau ia sekadar dibaca untuk melariskan perniagaan,menyembuh penyakit misteri atau bacaan ringan waktu lapang? Benarkah mengenal al-Quran sekadar itu sahaja?

Rencana Umum

N.Murugan Bantu Masyarakat Dengan BSMM

Kerjaya sebagai guru bukan penghalang kepada Murugan Nagu Pandithan, 50 aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan kerja-kerja amal.

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang atau lebih dikenali sebagai Kajang High School (KHS) ini bukan sahaja aktif dalam misi-misi bantuan bencana alam di dalam negara,malah menerusi pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) beliau turut menyumbang bakti kepada masyarakat di seluruh dunia.

Sehingga Ogos lalu, Murugan pernah terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan di Aceh, Indonesia,Pakistan, Vietnam, Nepal, Thailanddan sebagainya. Jadi, tidak hairanlah apabila beliau pernah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2007 atas sumbangannya kepada dunia Islam.

 

 

Halaman 1 dari 2

Promo Widad Kembara Kembara Widad - EP01 - KEDAH LANGGAR FAUZIAH Kembara Widad - EP02 - PERAK BAGAN SERAI JAMALUDDIN Kembara Widad - EP03 - PERLIS SANTAN SARINA Kembara Widad - EP04 - KEDAH BALING AZURA Kembara Widad - E05 - PERAK BATU KURAU FARID