Pendidik Disember 2016
Pena Pengarang

Lahirkan Lebih Banyak
Tenaga Kerja Mahir

Melalui peruntukan Bajet 2017, kerajaan bertekad memperkasakan dan mengukuhkan agenda program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Tujuannya ke arah pembentukan tenaga kerja tempatan berkemahiran tinggi keluaran institusi pendidikan dan latihan kemahiran dalam negara dengan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.

Oleh itu, semua kementerian dan agensi yang terlibat perlu berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan inisiatif ini bagi meningkatkan bilangan, kualiti dan kebolehpasaran tenaga kerja mahir dalam setiap bidang.

Dalam konteks ini, Kementerian Pendidikan Malaysia diyakini akan terus menekankan program-program menggalakkan masyarakat, khususnya ibu bapa dan belia, menilai dan menerima bidang teknikal dan vokasional sebagai peluang kerjaya yang menjamin masa depan dan menawarkan pendapatan lumayan.

Pada hakikatnya, hari ini Malaysia masih kekurangan tenaga mahir dalam sektor tertentu dan boleh diceburi anak tempatan. Misalnya dalam industri minyak dan gas, yang menyebabkan syarikat bersaing mendapatkan pekerja mahir yang terhad jumlahnya bagi menyempurnakan projek Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Kekurangan tenaga mahir ini menyebabkan kerajaan tidak dapat memacukan sektor-sektor tertentu yang memerlukan pekerja berkemahiran tinggi, terutama aspek teknikal dan vokasional.

Sebab itulah kerajaan sekarang banyak menekankan aspek vokasional dan teknikal. Kalau kita tidak sediakan bekalan (tenaga mahir), maka kita akan terpaksa membawa masuk tenaga mahir dari luar dan ini akan merugikan negara kita.

Permintaan terhadap pekerja mahir terutama dalam sektor teknikal terus mendesak walaupun negara ini mempunyai tenaga buruh muda, berpendidikan tinggi dan kadar pengangguran rendah.

Kalau diperhatikan, ketika negara semakin bergerak ke hadapan dan kini di atas landasan menuju menjadi negara maju, sedikit demi sedikit penyertaan pekerja tempatan menyusut dan digantikan oleh pekerja asing, khususnya dari Indonesia dan Bangladesh dalam bidang kemahiran teknik.

Daripada sekadar tenaga kerja tambahan, warga asing kini hampir memonopoli pekerjaan dalam sektor `kolar biru’. Rakyat tempatan bagai tersisih dan dikatakan tidak lagi berminat dalam sektor kerja tersebut, sebaliknya memilih untuk bekerja di sektor lain. Akibatnya pekerja asing kini menguasai sektor tersebut. Proses ini akan berterusan. Ertinya jumlah pekerja asing akan terus bertambah dari tahun ke tahun.

Apa yang perlu kita lakukan bukan sahaja membetulkan keseimbangan dalam menghasilkan tenaga mahir tetapi membanyakkan bilangan mereka dalam setiap sektor. Malah yang utama, kita perlu pastikan mereka memberi impak kepada produktiviti dan daya saing.

Dana RM4.6 bilion yang diperuntukkan tahun 2017, iaitu tahun kedua dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) kepada semua institusi kemahiran teknik dan vokasional adalah bukti keseriusan kerajaan memperkasakan pendidikan itu bagi membantu memantapkan sektor industri negara ini. Dalam Bajet 2017 yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa melalui dana berkenaan kerajaan antara lainnya akan mengubah suai sembilan kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) menjadi politeknik dan Kolej Vokasional.

 

Pemikiran Mahdzir

Meraikan Keberhasilan Murid Mengisi Keperluan Industri

Masyarakat terutama ibu bapa perlu menyedari bahawa apabila anak-anak mereka mula bekerja, tidak bermakna peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi akan terhenti di situ.

Fakta

Serba-serbi Gula

Gula memang memberikan rasa manis pada kehidupan anda. Tapi terlalu banyak mengambil gula boleh membahayakan manisnya hidup anda.

Rencana Umum

Mansuh UPSR: Ambil Pandangan Semua Pihak

Kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan berkaitan cadangan untuk menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan Pentaksiran Ber­asaskan Sekolah (PBS) kini sudah memasuki peringkat akhir.

Wawancara

Alias Ingin Lihat Transformasi Besar: Cadang Tempoh Persekolahan Wajib Dan Jam Masa Belajar Dipendekkan

Tanggal 1 Disember 2016, genaplah 90 hari Dato’ Sri Alias Ahmad dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) baharu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkuat kuasa 3 September 2016  bagi menggantikan Tan Sri Dr. Madinah Mohamad yang bersara wajib setelah lebih tiga tahun berkhidmat sebagai KSU KPM sejak Mei 2013.

Kesihatan

Bertegas kebersihan elak keracunan makanan

Kementerian Kesihatan telah menjalankan 11,400 pemeriksaan terhadap kantin dan asrama melibatkan 10,000 buah sekolah di seluruh negara dari Januari sehingga September 2016 bagi memastikan kualiti penyediaan makanan untuk murid berada pada tahap terbaik, selain bebas daripada risiko keracunan.

Rencana Umum

Kaunselor Psikologi 'Meletop' : Antara Kerjaya Profesional Yang Semakin Popular Dan Trendy

Satu demi satu produk kreatif Kementerian Pendidikan Malaysia dilaksanakan bagi membangunkan pendidikan negara. Baru-baru ini kementerian itu sedang melaksanakan dan menguji rintis Bidang Kepakaran Psikologi dan Kaunseling dalam usaha memartabatkan kepakaran kaunselor dalam bidang-bidang yang khusus.

Keselamatan

Risiko Litar Pintas : Pendawaian Semula Jamin Keselamatan Sekolah

Fenomena kebakaran sekolah lama bakal dikekang tidak lama lagi berikutan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahu menyegerakan tindakan membuat pendawaian semula elektrik di semua sekolah yang  berusia lebih 50 tahun di negara ini.

Rencana Khas

Imbasan 2016 : Kecemerlangan Institusi Pendidikan Malaysia

Biarpun banyak sistem pendidikan penjajah Barat telah diamalkan hingga berakar umbi selama beratus tahun sebelum negara kita memperolehi semula kedaulatannya, sesungguhnya dasar serta sistem pendidikan kebangsaan yang kita laksanakan jelas memiliki keajaiban.

Psikologi

Adakah Kita Hebat Membuat Banyak Kerja Serentak Atau "Multi-Tasking"?

Dalam dunia yang kini semakin pesat maju, perkataan "multi-tasking" sudah menjadi istilah umum dalam organisasi dan dunia pekerjaan. Calon pekerja yang memiliki pelbagai kemahiran (multi-skilling) dan mampu melakukan lebih daripada satu jenis kerja, memiliki kelebihan dalam persaingan untuk mendapatkan pekerjaan kerana majikan mengandaikan mereka akan lebih produktif.

Nota Cikgu Pencen

Bimbinglah Murid Lanjut Pelajaran Bidang Kemahiran

Secara umumnya, murid sekolah lepasan Sijil pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang berjaya akan memilih hala tuju untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi mengikut minat dan tahap kelulusan masing-masing. Kebiasaannya pilihan yang popular adalah sama ada di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) atau di Institut Pen­di­dikan Tinggi Swasta (IPTS) yang menawarkan pelbagai kursus.

Rencana Umum

6 MoU PPD Hulu Langat - Universiti dan Kolej Swasta

Satu lagi detik bersejarah tercipta, apabila Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat berjaya menandatangani enam Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama rakan-rakan strategik yang telah dipilih bagi menjayakan program-program pendidikan di daerah berkenaan.

Rencana Umum

Simposium Pengurusan HEM Jadi Platform Kongsi Solusi Tingkat Mutu Disiplin dan Kaunseling

Baru-baru ini berlangsung Simposium Pengurusan Hal Ehwal Murid anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, selama tiga hari di Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara, Jitra, Kedah yang bermatlamat meningkatkan kualiti serta profesionalisme perkhidmatan kaunseling dan disiplin di sekolah menengah dan rendah di seluruh negara supaya lebih berkesan dan cemerlang.

Rencana Umum

Peranan Penting Guru Pemulihan Khas

Guru Pemulihan Khas adalah suatu jawatan yang penting di sesebuah sekolah. Namun, tahap pemahaman masyarakat terhadap tugas Guru Pemulihan Khas masih pada tahap yang rendah.

Teachers In The Asia-Pacific : Career progression and professional development

It is widely recognised that "Effective teachers constitute a valuable human resource for schools – one that needs to be treasured and supported". Governments across the Asia-Pacific region are aware that attracting and recruiting the best candidates into the teaching profession is critical to achieve high quality teaching and learning in schools, and that retaining these motivated teachers is vital.

Busana

8 Tip Segak Bergaya

Berpakaian smart dan bergaya bukanlah kesukaan setiap lelaki. Kebanyakan lelaki lebih suka berpakaian biasa-biasa atau biasanya disebut sempoi. Tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu, berpakaian segak dan bergaya adalah amat penting untuk menonjolkan karisma dalam diri terutamanya ketika di tempat kerja atau menghadiri majlis yang berprofil sederhana atau tinggi.

Halaman 1 dari 2

Promo Widad Kembara Kembara Widad - EP01 - KEDAH LANGGAR FAUZIAH Kembara Widad - EP02 - PERAK BAGAN SERAI JAMALUDDIN Kembara Widad - EP03 - PERLIS SANTAN SARINA Kembara Widad - EP04 - KEDAH BALING AZURA Kembara Widad - E05 - PERAK BATU KURAU FARID