Pendidik Januari 2017
Pena Pengarang

HARAPAN DAN CABARAN
TAHUN 2017

Sesi persekolahan 2017 diwarnai dengan pelbagai emosi yang terpancar di wajah murid Tahun Satu bagi kebanyakan negeri yang bermula dalam minggu pertama bulan Januari.

Ada murid yang menangis tidak mahu berpisah dengan ibu bapa, ada pula yang menyuruh orang tua mereka pulang kerana malu dilihat rakan lain, tidak kurang juga yang gembira mendapat kenalan baharu serta riang menari dan menyanyi lagu sekolah dan pelbagai ragam lain.

Murid Tahun Satu ini akan mengharungi sistem pendidikan selama 11 tahun di peringkat persekolahan. Tahun baharu maka cabarannya baharu.

Kepada semua murid di sekolah rendah dan menengah, berikanlah tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran. Pergunakanlah segala peluang yang ada untuk menimba ilmu dan mengasah bakat dengan sebaik-baik mungkin supaya mereka menjadi insan yang berjaya.

Dalam menghadapi persaingan global yang semakin sengit hari ini, banyak ilmu dan kemahiran baharu yang perlu dikuasai sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan. Jadi, berusahalah menjadi yang terbaik kerana dalam dunia yang kompetitif hari ini hanya yang terbaik akan berjaya.

Kepada ibu bapa, berilah sokongan dan aktif melibatkan diri dalam menjayakan dasar dan program pendidikan di negara ini. Kementerian Pendidikan sedang melakukan yang terbaik menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang meliputi inisiatif-inisiatif baharu daripada peringkat prasekolah hinggalah ke pendidikan tinggi untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara ini. Namun usaha ini memerlukan satu usaha yang bersepadu antara kerajaan, ibu bapa dan komuniti.

Kepada warga Kementerian Pendidikan dan guru yang merupakan pembuat dasar dan pelaksana dasar pendidikan negara, ingatlah dasar yang baik adalah dasar yang boleh dilaksanakan dengan baik.

PPPM 2013-2025 telah pun mengambil kira input rakyat sebelum dibangunkan. KPM terus mendapatkan input daripada pelaksana melalui kaji selidik secara dalam talian untuk mendapatkan input daripada pelaksana.

Teruskanlah proses penglibatan semua pihak supaya kita dapat mencapai keberhasilan yang terbaik daripada setiap dasar atau inisiatif yang diperkenalkan oleh kementerian.

Kita mahu sistem pendidikan negara mampu melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berpendidikan bagi memacu negara pada masa akan datang. Oleh itu atas keperluan tersebut maka semakan semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan dilaksanakan pada tahun ini manakala di sekolah menengah, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) akan dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada pelaksanaan KSSR sebelum ini.

Saya adalah dalam kalangan generasi yang menerima pendidikan formal di bangku sekolah melalui apa yang dirujuk sebagai Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Saya menduduki Ujian Darjah 3 (UDT) pada tahun 1980 dan Peperiksaan Penilaian Darjah 5 (PD5) pada 1982.

Belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Abdul Halim, Alor Setar, saya hanya murid yang mencatat pencapaian sederhana apabila sekadar memperolehi 3A 1B 1C dalam PD5 berbanding seorang abang saya (daripada tujuh adik-beradik) yang menjadi kebanggaan sekolah serta keluarga kerana memperolehi 5A dalam peperiksaan yang sama dan berjaya melanjutkan pelajaran peringkat menengah di sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Jenan, Jitra, Kedah.

Pemikiran Mahdzir

Menerajui perubahan: Di landasan yang sewajarnya

Bagi membuka tirai tahun baharu 2017 Majalah Pendidik edisi pertama bagi tahun ini mengucapkan syabas dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru negara ini, khususnya yang terbabit membimbing murid-murid kita yang mengambil bahagian dalam pentaksiran pendidikan antarabangsa Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) dan juga Programme for International Student Assessment (PISA).

Seperti yang sedia maklum, keputusan taksiran TIMSS dan PISA 2015 telah diumumkan masing-masing pada 29 November dan 6 Disember 2016 yang lalu dan bagi kedua-dua pentaksiran berkenaan murid-murid kita telah mencatatkan peningkatan skor yang sangat signifikan.

Bagi Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menyatakan dengan jelas aspirasi sistem pendidikan negara untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang.

Rencana Umum

Ubah Minda, Keluar Daripada Kepompong : Guru Positif Laksana Pentaksiran Alaf Baru

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 memang mengejutkan banyak pihak termasuk ibu bapa, guru dan pelajar apabila hanya 1.11 peratus sahaja atau 4,896 orang calon berjaya mendapat gred untuk semua mata pelajaran.

Meskipun ramai yang masih terkejut dengan keputusan itu, namun rata-rata guru-guru sudah bersedia merangka pelan dan strategi masing-masing bagi mencapai sasaran UPSR 2017. Mereka juga positif bagi meneruskan kecemerlangan pada 2017.

Ikon Guru Kebangsaan dan Ikon Guru Selangor 2016, Nor Hainei Abu Bakar, 57, berpandangan pemimpin sekolah mestilah sentiasa bersedia dengan positif akan sesuatu perubahan yang berimpak untuk kecemerlangan anak bangsa di hari muka setanding dengan negara lain.

Rencana Umum

Hala Tuju Pendidikan TVET Menjelang 2020

Mentransformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan mengupayakan pendekatan yang diterajui industri adalah penting untuk menyediakan modal insan berkemahiran yang diperlukan industri sendiri, terutama untuk menyokong peralihan sektor ekonomi ke arah aktiviti berasaskan pengetahuan, selari dengan aspirasi menjadi negara maju pada tahun 2020, hanya kira-kira tiga tahun sahaja lagi dari sekarang.

Bahagian kedua rencana khas ini mengulas mengenai langkah-langkah memartabatkan bidang TVET dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang digariskan dalam kertas strategi Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Jabatan Perdana Menteri (JPM) berjudul "Mentransformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional untuk Memenuhi Permintaan Industri".

Rencana Umum

Perangkap Dakyah Media Sosial

Dalam mengharungi kehidupan yang kian mencabar pada tahun 2017 ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sekali lagi menasihati warga pendidik agar tidak terperangkap dengan pelbagai dakyah yang memburuk-burukkan kerajaan di dalam media sosial.

Pada masa yang sama mereka juga harus waspada dengan polemik maklumat yang boleh mengancam asas kerjaya, pemikiran dan tanggungjawab mendidik anak bangsa.

Saranan ini dinyatakan Menteri Pendidikan, Dato' Seri Mahdzir Khalid baru-baru ini berikutan kegelisahan kerajaan berkaitan berleluasanya viral media sosial yang 'menghentam' kerajaan dan semua kementerian.

Rencana Umum

KTES - Kolej Tingkatan Enam Pertama Sarawak

Di bawah inisiatif untuk mentransformasi Pendidikan Tingkatan Enam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berusaha untuk menjenamakan semula program pendidikan prauniversiti itu sebagai pilihan yang menarik untuk dipertimbangkan murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Perencanaan transformasi yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 itu mula dilaksanakan secara berperingkat sejak 2014 melibatkan pelbagai bentuk penambahbaikan yang memberikan impak perubahan besar kepada sistem pengajaran dan pembelajaran pendidikan tingkatan enam sekali gus melonjakkan kredibiliti dan imej program prauniversiti itu yang kini dijenamakan sebagai Kolej Tingkatan Enam.

Kesihatan

Pilihan Buah Untuk Pesakit Diabetes

Banyak tanggapan yang mengatakan para pesakit diabetes tidak boleh makan buah-buahan. Ini kerana buah dianggap banyak mengandungi gula yang boleh membahayakan kesihatan. Padahal menurut American Diabetes Association (ADA), buah-buahan kaya dengan vitamin, mineral, dan serat. Semua itu penting bagi penghidap diabetes. Kandungan antioksida dalam buah juga sangat baik untuk mencegah kerosakan sel.

Kolumnis

Menghadapi Cabaran Pendidikan 2017

Secara umum, bidang pendidikan masih lagi menjadi platform utama negara bagi membangunkan modal insan pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baharu akan dapat membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju.

Agama

Pendidikan & Kasih Sayang

Cerita Nabi Nuh A.S telah mengingatkan bahawa anak daripada orang soleh tidak semestinya akan menjadi soleh seperti ibu bapanya. Nabi Muhammad SAW juga pernah mengingatkan anaknya, Fatimah bahawa jika dia mencuri, Rasulullah akan memotong tangannya. Kesolehan seperti mana juga kemuliaan seseorang, memang tidak boleh diperoleh melalui keturunan semata-mata tetapi ia perlu dicapai dengan adanya usaha individu itu sendiri atau melalui pendidikan yang diperolehi.

Kolumnis

Ceritera 1 - Piala Kenangan

Andai dapat kuundurkan waktu…. pasti rasa malu itu akan kusingkirkan jauh-jauh. Akan kupinjam kasut putih sekolah daripada Siti Hapsah, rakan sekelasku, anak bongsu keluarga berada.

Kesihatan

Cara Turunkan Berat Badan Bagi Yang Malas Bersenam

Kelebihan berat badan bukanlah hal yang boleh dianggap remeh. Selain berbahaya bagi kesihatan, masalah berlebihan berat badan juga akan membuat penampilan seseorang menjadi kurang menarik. Untuk itu banyak orang akhirnya berusaha untuk kembali mendapatkan berat badan ideal.

Rencana Umum

PIBG Pencetus Kejayaan Sekolah

Kini kesedaran mengenai peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)  dalam kalangan ibu bapa kian meningkat. Persatuan ini merupakan organisasi penting kepada sesebuah sekolah rendah dan menengah dalam membantu membentuk murid yang seimbang.

Rencana Umum

Disegani Atau Dijadikan "Punching Bag"?

Guru mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam mencorakkan kehidupan serta masa depan hampir setiap individu. Sama ada individu yang dimaksudkan ialah pemimpin politik, sultan atau raja sesebuah negeri, pegawai tinggi kerajaan, ketua pegawai eksekutif organisasi swasta, taikun perniagaan mahupun orang kebanyakan, tiada yang akan terlepas daripada menerima didikan serta tunjuk ajar guru.

Fakta

Kenapa Kerusi Pesawat Kena Ditegakkan

Penumpang pesawat komersial sudah biasa dengan arahan pramugari untuk menegakkan kerusi ketika pesawat hendak berlepas atau mendarat. Tindakan itu bukan bertujuan mengganggu istirehat penumpang melainkan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam undang-undang penerbangan.

Inspirasi

Transformasi SMK Sungai Tapang

Sedih hati cikgu apabila setiap kali mereka menegur atau menghukum bertujuan mendidik murid, esok lusa ibu bapa murid tiba-tiba datang ke sekolah dan menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakan itu.

Rencana Umum

Jadikan Kekurangan Satu Kelebihan

Tahun 2016 baharu sahaja berlalu meninggalkan kita. Selamat tahun baharu 2017 diucapkan buat semua warga pendidikan di seluruh pelosok negara, khususnya pembaca  ini. Tahun 2016 sesungguhnya meninggalkan banyak memori indah yang menjadi catatan sejarah yang sangat luar biasa, malah bagi rakyat Malaysia berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU), anak-anak dalam kategori Murid Berkeperluan Khas (MBK) serta warga pendidikan khas ia amat istimewa.

Halaman 1 dari 2

Promo Widad Kembara Kembara Widad - EP01 - KEDAH LANGGAR FAUZIAH Kembara Widad - EP02 - PERAK BAGAN SERAI JAMALUDDIN Kembara Widad - EP03 - PERLIS SANTAN SARINA Kembara Widad - EP04 - KEDAH BALING AZURA Kembara Widad - E05 - PERAK BATU KURAU FARID