Normah Mohamad

Normah Mohamad

Selasa, 09 Oktober 2018 12:37

Kak Lah… Guru Sejatiku

Nama kakakku Ramlah. Usianya 75 tahun dan aku sepuluh tahun lebih muda daripadanya. Aku tinggal di selatan tetapi dia berada nun di pedalaman utara tanah air. Masih terbayang wajah kakakku yang sudah lama tidak kutemui itu. Aku selalu merancang untuk bertemunya tetapi sering kali juga gagal. Keadaan kesihatanku sekarang menjadi penyebab yang menghalang aku pulang menemuinya.

Isnin, 03 September 2018 11:53

Rumah Merah Di Atas Bukit:Bahagian 2

“HAH… Azmi minta aku kirim gambar! Mesti dia terus tak mahu berkawan dengan aku bila tengok gambar aku nanti.Aku ini tak cantik,” dengus hatiku. Pada usia remaja seperti itu, rupa paras memang menjadi perkara penting apatah lagi bila berhadapan dengan orang yang berlainan jantina.

 

Jumaat, 03 Ogos 2018 15:38

Rumah Merah Di Atas Bukit(Bahagian 1)

Masih kuingat ayat ini. “Rumah saya berwarna merah di atas bukit, tepi pekan Parit.” Aku pernah membacanya dalam sepucuk surat yang pernah dikirim oleh seorang pemuda kepadaku puluhan tahun yang lalu. Pada waktu itu aku merupakan seorang gadis yang berusia 16 tahun.

Jumaat, 06 Julai 2018 16:10

Antara Libasan Dan Pesanan Ayah

Melewati taman permainan di tepi tasik dan memerhati anak-anak remaja bermain skateboard, hatiku terusik.Ternyata zaman telah mengubah segenap kehidupan masa kini. Tiada lagi permainan guli bulatan, kotak rokok, buluh peda mahupun bola preda yang pernah aku mainkan ketika usia remajaku.

Khamis, 31 Mei 2018 16:08

Pesta Bau Cacing Nyale

Sahnin ialah pembantu rumahku yang berasal daripada kaum Sasak, Lombok, Indonesia. Dia seorang pembantu yang ringan tulang dan mesra dengan semua ahli keluargaku. Dia juga amat menyayangi cucu lelakiku, Aditya Hairani yang berusia 20 bulan.

Sabtu, 05 Mei 2018 18:42

Sebutir Coklat Sehampar Kenangan

Aku belajar di sebuah sekolah pedalaman yang agak terpencil dalam satu daerah.Aku sangat gembira apabila dapat bertemu semula dengan kawan-kawanku setelah cuti akhir tahun berlalu dan hari pertama persekolahan bermula.

Isnin, 02 April 2018 02:41

Makhluk Senja

Apabila membaca berita tentang kelakuan buruk murid sekolah terhadap guru, hatiku rasa terkilan. Guru ialah seorang insan yang berperanan mendidik seharusnya dihormati. Namun, kejadian memarahi, mengherdik, mencederakan, mengugut guru dan sebagainya amat mengewakan aku.

Selasa, 27 Februari 2018 18:01

Masih Kuingat : Mat Tuna Sahabatku

Masih terbayang dalam ingatanku akan suasana halaman rumah yang bersih, tenang dengan tiupan bayu petang, dan siulan burung murai mencari pasangan di pokok jambu sebelah rumah Mat Tuna. Di atas tangga rumah itulah aku selalu menghabiskan waktu petangku jika tidak pergi bermain guli di kampung sebelah.  Semasa duduk aku dapat menikmati lagu-lagu hiburan petang daripada radio kecil kepunyaan Mat Tuna, yang diletakkan di sudut biliknya. 

Jumaat, 02 Februari 2018 16:57

Kacang Tanah dan Hujan

Pada awal tahun 1979 aku bertugas sebagai guru baharu di sebuah sekolah menengah di selatan tanah air. Aku diberi tugas mengajar subjek Bahasa Melayu di tiga buah kelas, termasuklah sebagai guru kelas Tingkatan Satu C. Kelas itu terdiri daripada 22 orang murid Melayu, sebelas orang lelaki dan sebelas orang perempuan.

Rabu, 03 Januari 2018 13:15

Muridku Harban Singh

Jika aku menjadi guru pada era kini, sudah tentu aku telah lama didakwa dan dihadapkan ke mahkamah. Masih kuingat, pada tahun itu aku bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di utara tanah air. Sebagai guru muda, aku begitu bersemangat untuk menjadi guru yang baik. Maklumlah aku baru saja menamatkan pengajian daripada sebuah maktab perguruan. Oleh sebab itu, aku begitu teruja untuk mengaplikasikan apa-apa sahaja ilmu pendidikan yang telah aku pelajari di maktab dahulu.

 

Halaman 1 dari 3