Suresh Kumar N Vellymalay

Suresh Kumar N Vellymalay

Jumaat, 05 Oktober 2018 15:00

Manfaatkan Khidmat Pesara Guru

Guru ibarat lilin menyala,sanggup membakar diri demi menerangi kehidupan anak didiknya. Tiada perkataan yang dapat disusun oleh minda bagi menerangkan sumbangan, jasa dan perjuangan seorang guru.

Sekolah Kebangsaan (SK) Mohd Shah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang mungkin merupakan sebuah sekolah luar bandar yang terasing daripada kesibukan kota. Namun namanya tidak asing kepada keterbukaan pendidikan yang dijulang dalam menginovasikan hala tuju transformasi sekolah (TS25) 1.0.

Menelusuri sejarah Alam Melayu dan pertembungan budaya pelbagai bangsa berserta ketamadunannya, kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka dan faktor perdagangan yang membuka lembaran kepada pola penghijrahan tanpa paksaan selain kolonialisme British di Tanah Melayu telah mendorong kepada pembentukan masyarakat pluralistik dinegara ini. Kewujudan masyarakat pluralistik di Malaysia yang mendukung pelbagai ras dan etnik selain memaparkan khazanah warisan budaya yang bersifat pelbagai merupakan satu keunggulan yang tiada tolok bandingannya.

Selasa, 03 Julai 2018 17:44

Sekolah Idaman Dari Lensa Ibu Bapa

Ekspektasi’ – satu perkataan yang menghimpun makna sejuta harapan. Ia juga merupakan satu perkataan yang pada dasarnya mendukung aspirasi bagi perubahan yang pasti demi kebaikan.Dalam konteks sekolah, sebagaimana ekspektasi diletakkan oleh pihak sekolah terhadap ibu bapa maka begitu juga ekspektasi yang diletakkan oleh ibu bapa terhadap sekolah. Dalam hal ini, ibu bapa mempunyai keinginan dan harapan tertentu daripada sekolah.

Saban tahun, setiap sekolah mencipta sejarah tersendiri dalam menzahirkan ratusan murid melaluipembenihan ilmu yang dilakukan; membolehkan mereka melangkah ke fasa seterusnya dalam meniti kehidupan masing-masing. Tidak kira murid menembusi pasaran kerja selepas meninggalkan bangku persekolahan atau setelah menamatkan pengajian tinggi, golongan ini akan mengisi keperluan modal insan dalam pelbagai arena tidak kira dalam sektor awam atau swasta mahupun meneroka peluang keusahawanan sebagai ahli perniagaan.

Iklim bilik darjah yang kondusif amat penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran(PdP) yang berkesan. Dalam hal ini, iklim bilik darjah amat bergantung kepada penstrukturan kelas yang menghimpun murid di dalamnya.Penstrukturan kelas sebaik-baiknya memberi perhatian kepada pembangunan potensi murid secara holistik dan bersepadu dalam mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni seperti yang dituntut dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

Tulisan ini adalah kesinambungan dan juga pelengkap kepada rencana penulis berjudul “Murid Bengap Mulut. Apakah punca jadi sedemikian?” pada Februari lepas. Sekali lagi diingatkan ‘bengap’ bukan bermaksud bodoh. Salah satu definisi ‘bengap’ dalam Kamus Dewan adalah kesukaran untuk bercakap (kerana malu dan lain-lain). Dalam konteks sekolah, perkataan ini boleh dikaitkan dengan kehadiran murid yang bersifat pemalu dan pendiam dalam persekitaran bilik darjah.

Selasa, 27 Februari 2018 15:24

Keperluan Guru Berjiwa Murid Di Sekolah

Kematian M. Vasanthapiriya, pelajar Tingkatan 2 dari SMK Methodist, Nibong Tebal selepas seminggu berada di hospital akibat percubaan membunuh diri kerana dituduh mencuri telefon bimbit gurunya seharusnya dijadikan pengajaran bagi semua pihak yang terlibat dalam cara menggendalikan murid di sekolah.

 

Sekolah memainkan peranan penting dalam merancang dan merealisasikan makna kerjasama antara keluarga dan sekolah. Dalam hal ini, peranan sekolah untuk bekerjasama dengan ibu bapa tidak mungkin dapat membuahkan hasil jika sekolah gagal membentuk kepercayaan ibu bapa terhadap sekolah.

Selasa, 05 September 2017 18:26

Bantu Murid Miskin Tanggungjawab bersama

Tidak dapat dinafikan bahawa persekitaran sekolah terdiri daripada komposisi murid dari pelbagai latar belakang dan status sosio ekonomi yang berbeza. Latar belakang murid yang berbeza ini turut memberi implikasi ke atas kemampuan ibu bapa dalam menguruskan keperluan pendidikan dan persekolahan anak-anak.

Halaman 1 dari 2