Pendidik Mac 2018
Pena Pengarang

Jangan ambil mudah aspek
keselamatan di sekolah

Ajal maut sememangnya ditentukan oleh Tuhan. Itu dinamakan takdir. Tetapi sebagai manusia, kita mampu mengubah qada dan qadar dengan mengelak kecelakaan daripada menimpa diri sendiri, guru, murid atau masyarakat.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat laporan kemalangan di sekolah yang membabitkan guru, kakitangan dan murid. Sebahagian daripada mereka maut. Jelas, berdasarkan apa yang telah berlaku pada awal tahun 2018, aspek keselamatan di sekolah perlu dilihat semula dan dipertingkatkan.

Kes baru-baru ini seperti kematian murid bunuh diri dan murid tingkatan dua maut akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput sebenarnya boleh dicegah daripada berlaku.

Kedua-dua kejadian ini memberi pengajaran bahawa keselamatan murid perlu diberi perhatian. Tiba masanya disemak semula langkah keselamatan murid di sekolah.

Beberapa kali peringatan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam aspek keselamatan.

Pihak sekolah perlu mengikut peraturan mengenai langkah keselamatan murid sedia ada yang digariskan Kementerian Pendidikan, bagi mengelakkan insiden kemalangan murid di sekolah berulang.

Peraturan yang dibuat itu sudah mencakupi segala aspek berkaitan keselamatan murid termasuk ketika murid tiba, berada dan pulang dari sekolah.

Justeru, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan pentadbiran sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru  perlu memastikan sekolah di seluruh negara melaksanakan peraturan yang ditetapkan itu.

Kita mahu murid dan guru berada dalam keadaan selamat dan peraturan ini perlu dipatuhi dipatuhi sentiasa sebilang masa.

Kadangkala ada pihak memandang remeh atau ringan aspek keselamatan kerana beranggapan ia tidak mungkin berlaku pada mereka.

Jangan diambil mudah kerana semua tempat mempunyai bahaya dan risiko yang perlu ditangani dan menjadi tanggungjawab guru dan termasuk murid juga untuk mengenal pasti dan mencegah kemalangan daripada berlaku.

Tidak guna kesal dan bersedih dengan kejadian kemalangan yang membabitkan warga sekolah jika kita berterusan mengabaikan aspek keselamatan mengakibatkan ia terus berulang.

Dalam soal pendidikan, perlu diakui menjadi rakyat Malaysia sememangnya beruntung dan bertuah. Hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kerajaan yang berwawasan dan dinamik, stabil politiknya, aman damai, serta kukuh ekonominya tidak boleh disangkal telah membolehkan aspek pendidikan anak-anak warganegara ini diberi perhatian paling utama.

Fokus

Program Interaksi KPM - Masyarakat

Jelajah Pendidikan KPM 2018 gelanggang menjelaskan agihan perbelanjaan peruntukan RM45.963 bilion secara optimum.

Tumpuan

Keperluan Guru Berjiwa Murid Di Sekolah

Kematian M. Vasanthapiriya, pelajar Tingkatan 2 dari SMK Methodist, Nibong Tebal selepas seminggu berada di hospital akibat percubaan membunuh diri kerana dituduh mencuri telefon bimbit gurunya seharusnya dijadikan pengajaran bagi semua pihak yang terlibat dalam cara menggendalikan murid di sekolah.

 

Rencana Umum

PBS cungkil potensi murid secara holistik

SISTEM Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) merupakan satu sistem pentaksiran yang telah diperkenalkan dalam transformasi pendidikan sejak 2011 selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Rencana Umum

Pemenang Hadiah Nobel Bantu Promosi STEM di Malaysia

Honeywell dan pakar fizik tersohor beri galakan dalam menyuburkan bidang STEM melalui latihan serta sumbangan kepada murid dan guru

Kelas Digital

Guru & Aplikasi ICT Dalam PdPc Abad 21

Pendidikan yang bermakna adalah yang membawa kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan segala ilmu serta kemahiran yang diperoleh daripada pendidikan yang diterima boleh diaplikasi atau digunakan oleh individu dalam menjalani kehidupan seharian.

Kolumnis

Keluarkan Mereka Daripada “Mod Senyap” - Kaedah Tangani Masalah Murid Bengap Mulut

Tulisan ini adalah kesinambungan dan juga pelengkap kepada rencana penulis berjudul “Murid Bengap Mulut. Apakah punca jadi sedemikian?” pada Februari lepas. Sekali lagi diingatkan ‘bengap’ bukan bermaksud bodoh. Salah satu definisi ‘bengap’ dalam Kamus Dewan adalah kesukaran untuk bercakap (kerana malu dan lain-lain). Dalam konteks sekolah, perkataan ini boleh dikaitkan dengan kehadiran murid yang bersifat pemalu dan pendiam dalam persekitaran bilik darjah.

Kolumnis

Pacu Kejayaan Koperasi Sekolah

Koperasi sekolah mampu mendidik murid ke arah mengamalkan tabiat berjimat-cermat dan menabung sejak di peringkat sekolah rendah lagi dan kemudian di peringkat sekolah menengah. Hampir setiap sekolah di seluruh negara kini mempunyai koperasi masing-masing yang diuruskan oleh murid melalui bimbangan guru yang berpengalaman.

Ikon Pendidik

Anita Yusof berjaya ‘takluk’ dunia

ANITA Yusof, 50, pengembara solo pertama bermotosikal mengelilingi dunia memiliki pengalaman suka dan duka ketika misi ‘menakluki’ dunia.

Gaya Hidup

7 kulit buah yang miliki manfaat menakjubkan bagi tubuh

Seringkali semasa anda memakan buah, anda akan mengambil isinya dan membuang kulitnya. Namun, tahukah anda, kulit buah juga menyimpan manfaat kesihatan yang tersendiri.

English Section

Bullying Is the #1 concern for children in Malaysia - Unicef

Almost seven out of 10 children in Malaysia worry a lot about bullying, compared to only three out of 10 in Japan or close to four in 10 in the United Kingdom (UK), that is the finding reveals from a new global survey issued by UNICEF recently on #WorldChildrensDay.

Global Education

Refugee Children Battle For Education In Tanzania

Teenager Irahoze Diello is quietly confident about today’s maths test. Even without books, shoes, a safe place to study or a morning meal, he has worked hard to prepare for this moment. He just hopes the rain will hold off long enough for him to complete it.

Gaya Hidup

Awas, kata-kata kesat ketika mengigau

Pernahkah anda khuatir kata-kata yang keluar daripada mulut ketika mengigau? Anda mungkin sahaja dapat mengawal kata-kata yang diucapkan dalam keadaan sedar tetapi mungkin tidak dapat dilakukan ketika anda sedang tidur. Demikian menurut para penyelidik seperti yang dipetik daripada agensi berita Arab News.

Rencana Umum

Produktiviti Guru Pendorong Kemenjadian Murid - Bagaimana tulisan tangan boleh membantu

Ada yang mengistilahkan produktiviti sebagai keupayaan untuk menghasilkan output daripada satu set input yang diberikan atau mengukur kecekapan dan keberkesanan dalam penggunaan sumber (seperti pekerja, teknologi, sistem, pengurusan dan kepakaran) secara optimum dan menukar input kepada output yang berguna. Mengikut Kamus Dewan edisi keempat pula, kata nama ini adalah sinonim dengan daya pengeluaran atau penghasilan.

Rencana Umum

Pendekatan Pentaksiran Pembelajaran Yang Perlu Anda Tahu

Pentaksiran adalah komponen penting dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP). Bagi yang mempelajari dan memahami mengenai tujuan pentaksiran pastinya akan mengubah pandangan mereka mengenai "pentaksiran formatif" dan "pentaksiran sumatif".

 

Agama

Berkatalah Yang Baik, Atau Lebih Baik Diam

Komunikasi merupakan medium utama manusia memahami antara satu sama lain. Komunikasi yang baik menghasilkan keharmonian dalam sesuatu hubungan sama ada dalam organisasi, masyarakat, kejiranan dan kekeluargaan. Namun, kegagalan berkomunikasi dengan baik menyebabkan berlakunya perselisihan dan salah faham yang boleh membawa kepada fitnah yang lebih besar.

Halaman 1 dari 2

Promo Widad Kembara Kembara Widad - EP01 - KEDAH LANGGAR FAUZIAH Kembara Widad - EP02 - PERAK BAGAN SERAI JAMALUDDIN Kembara Widad - EP03 - PERLIS SANTAN SARINA Kembara Widad - EP04 - KEDAH BALING AZURA Kembara Widad - E05 - PERAK BATU KURAU FARID