Pendidik November 2016
Pena Pengarang

Tempuhi Peperiksaan
Dan Manfaatkan Percutian

Murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 pada masa ini sedang ‘berehat’ selepas bertungkus-lumus mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) masing-masing,

Bulan November ini juga giliran abang dan kakak di Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Pada umumnya, guru dan pentadbir sekolah pada bulan ini juga akan ‘menutup buku’ Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mulai tahun 2017,  guru dan murid akan beralih kepada pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan  Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Biasanya sebelum sesi persekolahan ditutup pada ahkir November setiap tahun, golongan guru pasti paling sibuk sekarang. Bulan inilah musim peperiksaan dan tidak lama kemudian cuti persekolahan.

Kalau pada musim persekolahan sudah tentu murid bertungkus lumus dan sibuk dengan pelajaran mereka, tekun menghadiri kelas-kelas tambahan, terutama kepada mereka yang  menghadapi peperiksaan yang diwajibkan.

Pastinya ketibaan cuti memang dinanti-nantikan. Inilah masa untuk melarikan diri buat sementara daripada alam persekolahan. Dengan meluangkan masa bersama keluarga pada musim cuti inilah kesempatan yang baik untuk bermesra serta mengeratkan lagi hubungan dalam keluarga.

Anak-anak murid pula memang mahu bebas daripada belenggu buku-buku sekolah, mereka mahu berseronok setelah penat mentelaah pelajaran sepanjang tahun. Tentunya bercuti merupakan terapi yang paling mujarab untuk menghilangkan segala tekanan yang dihadapi oleh setiap murid.

Sebenarnya guru yang turut mempunyai keluarga sendiri, seharusnya tahu menasihatkan  murid supaya menggunakan masa dengan bijak. Masa cuti sekolah bukan semata-mata untuk berseronok dan melupakan terus pelajaran.

Jangan biarkan mereka sendiri yang menguruskan masa cuti tanpa sebarang pemantauan atau panduan daripada ibu bapa dan guru. Perlu diingatkan, musim cuti sekolah inilah beberapa peristiwa atau tragedi kerap kali berlaku. Kita sering kali mendengar kes-kes kejadian seperti mati lemas, kemalangan jalan raya, tersesat di dalam hutan dan sebagainya. Selain itu terdapat juga kes-kes jenayah yang dilakukan oleh remaja yang masih di bangku sekolah.

Oleh itu, perancangan dan aktiviti yang dibuat mestilah berpaksikan atas dasar untuk meningkatkan iman, jati diri dan kecemerlangan dunia dan akhirat, bukannya hanya untuk berseronok dan menghabiskan masa semata-mata.

Mengikut usia persaraan wajib, tanggal 18 November 2016 adalah hari terakhir Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof hadir bertugas di pejabatnya di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya selaku Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM).
Bagaimanapun pengalaman serta kepakaran beliau ternyata masih diperlukan. Tan Sri Dr. Khair dilantik untuk menyambung tugasnya selaku KPPM secara kontrak selama setahun lagi berkuat kuasa pada 19 Oktober lalu hingga 18 Oktober 2017.

Rencana Umum

Anugerah Atas Daya Tahan Serta Keazaman

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Widad Business Group (WBG), Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Jenama Terulung The BrandLaureate 2016 (The BrandLaureate Most Eminent Brand Icon Leadership Award) dalam satu majlis di ibu negara pada 13 Oktober lalu.

Tumpuan

Pembaharuan Dalam Transformasi KSSR, KSSM 2017

Mulai tahun depan transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah disemak semula dan dinamakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) akan dilaksanakan. Sebagaimana lazimnya jika ada semakan dilakukan pastinya akan terdapat perubahan atau penambahbaikan. Jika tidak masakan ia disebut transformasi.

Tumpuan

Harga Jaga Keselamatan Anak Di Sekolah - RELA Kawal Lalu Lintas Dengan Khidmat 80 Sen Sebulan

Sejak kebelakangan ini ibu bapa dilihat semakin resah dengan beberapa insiden kemalangan jalan raya yang melibatkan murid di kawasan berhampiran sekolah.

Rencana Umum

Tingkat Kualiti Prasekolah

Penetapan dasar ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan semua prasekolah dan profesionalisme guru prasekolah di Malaysia. Kanak-kanak perlu kuasai pengetahuan, kemahiran asas sebelum memasuki alam persekolahan formal.

Rencana Umum

Legasi 200 Tahun Pendidikan Bahasa Tamil

Bagi masyarakat keturunan India, Oktober 2016 merupakan tahun yang sentimental kerana ia melambangkan pendidikan Bahasa Tamil telah bertapak di Tanah Melayu sejak 200 tahun dahulu. Sejarah kelas Bahasa Tamil pertama diadakan secara rasmi di Penang Free School pada  21 Oktober 1816.

Rencana Umum

TVET: Laluan kerjasama rakan industri - Ke Arah Capai Status Negara Berpendapatan Tinggi Menjelang 2020

Kerjasama erat antara sektor Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (Technical and Vocational Education and Training, TVET) dan rakan industri memainkan peranan yang penting dalam memastikan Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Kolumnis

Kasih Sayang Elak Gejala Buli di Sekolah

Penerapan nilai kasih sayang dan ihsan, akan dapat menjauhkan dan menghindarkan gejala benci, getik, jijik, dendam, meluat dan menyampah dalam kalangan murid di sekolah rendah dan menengah terhadap kawannya.

Rencana Umum

Kebersihan Tandas Sekolah Jadi Agenda Nasional

Budaya menjaga kebersihan tandas sekolah secara bersama akan diterapkan mulai tahun 2017 sebagai satu agenda nasional untuk diamalkan di negara ini. Kata Menteri Pendidikan Dato’ Sri Mahdzir Khalid, cadangan ini akan melibatkan kerjasama antara guru, ibu bapa dan pelajar di setiap sekolah supaya amalan menjaga kebersihan tandas secara bersama itu dapat menjadi satu budaya yang berlaku secara sukarela.

Destinasi

Menawan Puncak Gunung Datuk - Guru Muda SK Pulau Indah Lancar Program Gemilang Kokurikulum

Selain sukan popular, ramai juga yang sukakan aktiviti lasak dan mencabar atau “adventure” seperti “hiking” (mendaki bukit atau gunung). Malahan mereka mula menjadikannya sebagai hobi bagi mengisi masa lapang.

Aktiviti Sekolah

Sukan Tahunan Murid Orang Asli

Baru-baru ini, seramai 502 orang murid dalam kalangan anak Orang Asli menyertai Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Senderut, Kuala Lipis, Pahang.

Kejohanan tersebut diadakan antara lain bertujuan memberi peluang kepada anak Orang Asli mempamerkan bakat dalam olahraga serta memperkembang potensi diri masing-masing secara seimbang dan menyeluruh.

Sukan

5.3 Juta Warga KPM Sertai Hari Sukan Negara

Sabtu 8 Oktober lalu seluruh Malaysia bersukan sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2016. Sambutan kali kedua ini mencipta sejarah negara selepas ia diisytiharkan menjadi agenda nasional oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada 24 Mac tahun lalu.

Sukan

Malaysia Tempat Ketiga Kejohanan Bolasepak Bawah 15 Tahun Asia Ke-18

Pasukan Bawah 15 tahun Malaysia membelasah China 6-0 dalam perlawanan menentukan tempat ketiga dan keempat Kejohanan Bola Sepak Sekolah-sekolah Asia (ASFF) Bawah 15 Tahun Kali Ke-8 yang berlangsung di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 28 September lalu.

Kolumnis

Sorong Papan Tarik Papan : Membina Integriti Diri

Satu rungutan yang sering didengari ialah kesejahteraan dan ketenteraman jiwa rakyat sering terganggu akibat penguatkuasaan yang lemah terhadap undang-undang yang sedia ada.

Gaya

Murid Suka Cikgu Cantik, Bergaya : Cikgu mampu memberi inspirasi kepada murid untuk berjaya

Pernahkah guru perempuan atau lelaki apabila melangkah masuk ke dalam kelas, mata murid sekolah menengah khasnya tidak berkelip-kelip memandang cikgu, mulut hampir terlopong. Esoknya tidak sabar-sabar untuk ke sekolah. Semua kerana ‘ghairah’  menanti kehadiran cikgu mengajar di depan kelas. Semangat hendak belajar bertukar menjadi satu perasaan yang berbeza daripada sebelum ini.

Pendidikan Global

Mendidik Tanpa Tangan - Jari Kakinya Menari Pantas Di Papan Kekunci Laptop

Cikgu Untung duduk di kelas sambil memerhati murid-muridnya sebelum memulakan tugas mendidik mata pelajaran al-Quran dan Hadith. Itulah ilmu yang merupakan tunjang pendidikan di madrasah di mana dia mencari rezeki.

Beberapa saat kemudian dia mengangkat kaki kanannya ke atas meja, sambil itu jari-jemari kakinya menyepit sebatang pensel dan mencatat kedatangan murid serta membuat nota pendek untuk memudahkan pengajaran.

Halaman 1 dari 2

Promo Widad Kembara Kembara Widad - EP01 - KEDAH LANGGAR FAUZIAH Kembara Widad - EP02 - PERAK BAGAN SERAI JAMALUDDIN Kembara Widad - EP03 - PERLIS SANTAN SARINA Kembara Widad - EP04 - KEDAH BALING AZURA Kembara Widad - E05 - PERAK BATU KURAU FARID