Mencari Keberkatan Masa


Setiap orang memiliki 24 jam setiap hari. Namun penggunaan 24 jam sehari adalah berbeza di antara satu sama lain. Ada orang dapat memenuhi masanya dengan melaksanakan pelbagai perkara yang bermanfaat dalam tempoh 24 jam seolah-olah ia mempunyai masa lebih daripada 24 jam sehari. Manakala ada orang yang tidak dapat memanfaatkan 24 jam sebaik-baiknya dengan perkara bermanfaat dan masa 24 jam pantas berlalu seolah-olah bagaikan beberapa detik sahaja.

Di sini, dua situasi diberikan bagi menjelaskan makna keberkatan masa seseorang. Umpamanya dalam situasi A, seorang pekerja mampu menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan, dapat membantu rakan sekerja yang memerlukan bantuan, sempat meluangkan beberapa minit untuk bersolat dhuha, malah boleh berjemaah zohor dan asar bersama rakan sekerja. Di rumah pula, dia masih boleh memperuntukkan masa berkualiti bersama keluarga dengan aktiviti seperti memasak, beriadah, solat berjamaah, membaca al-Quran, membaca buku sebelum tidur dan seumpamanya.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan