Pendidik Ogos 2016
Pena Pengarang

pena pengarang

Misi melahirkan generasi muda berwibawa sesungguhnya adalah tugas bersama golongan pendidik dan ibu bapa. Pepatah "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" yang diamalkan sejak ratusan tahun perlu terus disemai dan dibajai secara bersungguh-sungguh dan lebih agresif.

 Barisan kepimpinan yang ada dalam sektor awamdan swasta masa kini adalah hasil gandingan kerjasama para ibu bapa dan guru, namun ikatan itu ada ketikanya dilihat longgar dengan tanggapan negatif bahawa tugas mendidik pelajar perlu digalas sepenuhnya oleh guru.

Bagaimanapun tanggapan itu sudah berubah, Guru dan ibu bapa serta penjaga kini menjalin kerjasama kreatif hingga mampu melahirkan modal insan elit dan berteknologi.

Dalam kesibukan kedua-dua pihak memastikan pencapaian terbaik pelajar dalam akademik, mereka juga perlu sentiasa memahami dan menghormati pelaksanaan dasar-dasar semasa kerajaan.

Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) antara dasar yang memerlukan kerjasama semua peringkat masyarakat demi memastikan pelaksanaanya tidak terganggu dengan perkara remeh yang dipolitikkan

Golongan pendidik dan ibu bapa perlu bersikap terbuka dan positif. Segala kerumitan dan salah faham perlu dibincang bersama.

Penerimaan pelbagai dasar pendidikan dalam kalangan guru dan ibu bapa memudahkan kerja pembangunan sumber manusia untuk masa depan negara.

Sesetengah perkara atau perubahan yang dilakukan memerlukan sikap tolak ansur. Tidak ada pihak yang diketepikan apatah lagi dipergunakan.

Kerjasama dan keikhlasan ibu bapa serta guru dalam menerima pelbagai dasar kerajaan akan mendorong segala usaha untuk menuju ke taraf negara maju dengan acuan kita sendiri.

Jika ada perubahan dalam dasar-dasar pendidikan, ia dilakukan semata-mata untuk meningkatkan standard dan kualiti para pelajar. Tiada dasar digubal dengan niat untuk merosakkan kepentingan mana-mana kaum, sebaliknya lebih menjurus untuk memperkukuhkan identiti bangsa.

Zailani Ahmad

Selain menyampaikan ilmu, guru juga berperanan menanam perasaan kasih dan taat setia murid kepada pemimpin dan negara secara menyeluruh. Dalam mendepani cabaran pendidikan abad ke-21 dan pembinaan negara bangsa, peranan guru menjadi lebih penting terutamanya dalam membentuk jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat.

Fakta

Fakta Yang Patut Anda Tahu Tentang Lelaki

Memang tidak adil menyamaratakan semua lelaki sama. Namun pelbagai hasil penyelidikan, fakta yang berikut mungkin setidak-tidaknya boleh membantu mengenal lebih dekat makhluk yang disebut sebagai lelaki.

Filem

5 Filem Paling Berinspirasi Sepanjang Masa

Guru menjadi salah satu pekerjaan yang cukup berwarna-warni. Jika diteliti, bidang tugas mereka tidak setaraf dengan bayaran dari segi material. Banyak orang kata tugas guru senang, termasuk yang paling menyenangkan, tetapi ia juga dikatakan cukup berat dan rumit.

Fakta

Fakta Tentang Brexit

Hari Jumaat 24 Jun 2016, menjadi hari bersejarah bagi Great Britain. Separuh daripada warganya, kira-kira 33 juta daripada 60.8 juta warganegara ini menggelar referendum (pungutan suara) sebagai undi terbuka.

Tetap

Cerpen : Sifu Ah Ti

Hidup kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang. Tiada dapat kita duga akan masa depan. Yang penting, hadapilah hari demi hari dengan tabah, cekal dan gigih. Yang lain, berdoa dan pasrah kepada Tuhan.

Destinasi

9 Tempat Luar Biasa Pencinta Alam

Seorang pecinta alam memiliki impian besar terhadap banyak tempat di dunia. Mereka tidak tamak memperuntukkan banyak wang hanya untuk melancong ke luar Negara. Oleh sebab itu, jika anda juga salah seorang pecinta alam, tidak ada salahnya untuk mengunjungi salah satu daripada sembilan tempat luar biasa, terunik dan teraneh di bawah ini.

Tetap

Puisi : Menuju Kebebasan

Bagaimana akan kita terbangkan sepasang sayap kebebasan yang terkurung dalam sangkar dunia sedangkan dunia sebuah penjara tidak berpagar.

Tetap

Puisi : Mengolah Cerita

Kau terlalu bijak mengolah cerita
dari satu langkah bermula
mengorak ke beberapa babak
plot yang diadun begitu rupa
di pertengahan jalan cerita
tersembunyi segala rahsia
tapi mengapa di landasan berbeza
hingga amat keliru untuk ditafsir
jauh sekali memaknakannya
walau aku sudi mendengar
semasa berdiri di garisan skala
pelayaran mula menjadi buntu
setelah kemudi diam membatu.

Busana

Ustaz Stylo

Kali pertama melihat gayanya, barangkali mungkin ramai yang tidak menyangka jejaka berusia 31 tahun ini adalah seorang pendidik, apatah lagi seorang guru agama atau lebih tepat lagi ustaz.

Fakta

7 Pendekatan Mengajar Paling Menyeronokkan

Adakah anda perasan tentang perbezaan cara mengajar yang berlainan oleh rakan sejawat anda di sekolah? Jika anda sendiri tidak perasan, murid atau pelajar mungkin perasan. Umumnya dikatakan terdapat lebih kurang tujuh cara mengajar (atau lebih tepat dikaitkan dengan tabiat) yang sering diamalkan dalam kalangan guru sekolah. Gambar yang berikut menjelaskan perbezaan tersebut. Kepada diri anda sebagai guru, pendekatan mengajar yang mana paling berkesan dan sesuai dengan diri anda?

Fakta

Jiwa Seorang Guru

Menjadi seorang guru bukan selalu mudah dan menyeronokkan. Lebih-lebih lagi guru kepada murid dan pelajar generasi sekarang. Tanggungjawab guru, beban tugas luar bilik kelas cukup mencabar jiwa.

Keselamatan

80 Peratus Pelajar Tunggang Motosikal Tanpa Lesen

Setiap inci motosikal sendat dengan penumpang manakala bakul hadapan pula sarat dengan buku, bungkusan makanan dan botol minuman untuk anak-anak mengalas perut di sekolah.

Derum motosikal bergema dari laman rumah hingga ke pintu pagar sekolah tanpa rasa takut ditimpa kemalangan ketika berselisih dengan lori membawa tandan sawit yang bersimpang siur di jalan raya.

Destinasi

Bertuahnya Anak-Anak Malaysia Di Universiti Padjadjaran

Sudah berpuluh tahun Pak Jojo atau nama sebenarnya Jojo Sukarjo menjadi supir membantu mengangkat bagasi ke dalam van dan menghantar sekumpulan para pelajar Malaysia itu ke kampus induknya di Universiti Padjadjaran yang terletak di Jatinangor kira-kira 40 kilometer dari Bandung.

Terselit rasa bangga di hati kecil Pak Jojo apabila melihat pelajar-pelajar dari Malaysia ini yang datang dari jauh semata-mata untuk menuntut ilmu di negaranya.

Inspirasi

Bekas Guru Berkelana Bimbing Izuan Bina Jaguh Badminton Jepun

Guru bukan saja berupaya mewarnai landskap politik dan korporat, malah mampu mengharumkan nama negara di persada sukan berprestij dunia.

Masihkah kita ingat Mohammad Izuan Ibrahim, anak muda dari Kelantan yang menjadi antara jurulatih perseorangan badminton remaja Jepun yang akhirnya membawa negara itu merangkul Piala Thomas 2014 selepas menundukkan Malaysia?

Lensa Global

Sweden Taja Kursus Imam Kekang Keganasan

Bagi mengatasi ancaman keganasan, Sweden memberi pembiayaan bagi menaja kursus latihan imam pertama di ibu kota negara itu, Stockholm. Kursus ini akan diadakan pada musim luruh ini.

Kursus itu juga adalah untuk memperkenalkan pemimpin kerohanian dengan versi Islam yang mana ia sesuai dengan budaya tempatan, berbanding bentuk radikal yang mungkin diperoleh mereka di luar negara.

Halaman 1 dari 2