Kenali Ancaman Pedofilia


Pedofilia didefinisikan sebagai gangguan jiwa pada orang dewasa atau remaja yang telah mulai dewasa (peribadi dengan usia 16 atau lebih tua) biasanya ditandai dengan suatu kepentingan seksual primer atau eksklusif pada kanak-kanak (umumnya usia 13 tahun atau lebih muda).

Kanak-kanak harus minimum lima tahun lebih muda dalam kes pedofilia remaja (16 atau lebih tua) baru dapat diklasifikasikan sebagai pedofilia.

Perkataan pedofilia berasal daripada bahasa Yunani: paidophilia ertinya "anak-anak" dan philia ertinya bersahabat" atau "persahabatan", meskipun ini maksud harfiah telah diubah terhadap daya tarik seksual di zaman moden, berdasarkan panggilan "cinta anak" atau "kekasih anak," oleh pedofil yang menggunakan simbol dan kod untuk mengidentifikasi rujukan mereka.

International Classification of Diseases (Klasifikasi Penyakit Internasional) mendefinisikan pedofilia sebagai "gangguan kepribadian dewasa dan perilaku" di mana ada pilihan seksual untuk anak-anak pada usia baligh atau sebelum baligh.

"Pedofilia adalah parafilia di mana seseorang memiliki hubungan yang kuat dan berulang terhadap dorongan seksual dan fantasi tentang kanak-kanak bawah umur dan di mana perasaan mereka memiliki salah satu peranan atau yang menyebabkan penderitaan atau kesulitan interpersonal."

Laporan yang dipetik daripada laman portal Grow Up Clinic Information Education Network, kekerasan dan kejahatan seksual sering dilakukan oleh penderita dewasa yang mengalami kelainan seksual. Kelainan seksual adalah cara yang ditempuh seseorang untuk mendapatkan kenikmatan seksual dengan jalan tidak sewajarnya. Cara yang digunakan oleh orang tersebut adalah dengan menggunakan objek seks yang tidak wajar. Salah satu bentuk kelainan seksual yang ada dalam masyarakat ialah parafilia.

Parafilia merupakan gangguan seksual yang ditandai oleh khayalan seksual yang khusus dan desakan dan praktik seksual yang kuat, yang biasanya berulang kali dan menakutkan bagi seseorang.

Beberapa jenis parafilia adalah ekshibisionisme, fetihisme, frotteurisme, pedofilia, masokisme seksual, sadismeseksual, veyourisme atau fetihisme transvestik. Pedofilia merupakan salah satu jenis parafilia yang sering terjadi. Meskipun kesnya wujud tetapi belum ada data yang tepat tentang angka kejadian penderita yang mengalami gangguan tersebut.

Adanya pelacuran terhadap kanak-kanak di beberapa negara dan meningkatnya penjualan bahan pornografi tentang kanak-kanak, menunjukkan tahap tarikan seksual terhadap kanak-kanak tidak sedikit. Anak yang sedang tumbuh dan berkembang akan menjadi korban baik secara jiwa dan fizikal.

Secara sekilas praktik pedofilia dianggap sebagai bentuk perilaku sodomi. Akan tetapi kalau dilihat lebih jauh sangatlah berbeza. Kadangkala penderita pedofilia bukan hanya daripada kaum lelaki tetapi juga kaum perempuan apabila mereka tidak hanya tertarik pada lawan sejenis. Mangsanya juga boleh terjadi pada kanak-kanak laki-laki mahupun perempuan.

Penyebab pedofilia belum diketahui secara pasti. Namun pedofilia seringkali menandakan ketidakmampuan berhubungan dengan sesama dewasa atau adanya ketakutan wanita untuk menjalin hubungan dengan sesama orang dewasa. Jadi boleh dikatakan sebagai suatu penyaluran nafsu seksual yang tidak dapat disalurkan pada orang dewasa.

Kebanyakan penderita pedofilia menjadi korban seksual pada masa kanak-kanak. Anak-anak yang terlibat dalam pedofilia, 2-3 antaranya dalam aktiviti seksual tersebut bersifat berkerjasama terhadap orang dewasa yang sama ataupun berlainan. Meskipun demikian sikap kerjasama kanak-kanak ini lebih disebabkan perasaan takut dibandingkan tarikan terhadap seks itu sendiri.

Aktiviti seks yang dilakukan oleh penderita pedofilia sangat bervariasi. Aktiviti tersebut meliputi tindakan menelanjangi kanak-kanak, memamerkan tubuh mereka, melakukan masturbasi dengan kanak-kanak, dan bersenggama dengan budak. Jenis aktiviti seksual lain yang dilakukan juga bervariasi tahapnya, termasuk stimulasi oral pada anak, penetrasi pada anak, vagina ataupun anus dengan jari, benda asing, atau alat kelamin laki-laki. Orang pedofilia seringkali memberi rasional dan alasan kelakuanya itu hal sifat mendidik, dan budak-budak tersebut juga mendapat kepuasan seksual, atau budak itu sendiri yang menggoda.

Pornografi biasanya diperoleh oleh pedofil yang menggunakan gambar untuk berbagai keperluan, bermula dengan menggunakannya untuk kepentingan seksual pribadi, perdagangan dengan pedofil lain, menyiapkan kanak - kanak untuk kegiatan seksual sebagai sebahagian daripada proses yang dikenali sebagai "rawatan kanak-kanak", atau pujukan yang mengarah ke arah eksploitasi seksual seperti produksi pornografi kanak-kanak atau pelacur kanakkanak.

Menurut Diagnostik dan Statistik Manual Gangguan Jiwa (DSM), pedofilia adalah parafilia di mana seseorang memiliki hubungan yang kuat dan berulang terhadap dorongan seksual dan fantasi tentang kanak-kanak bawah umur dan perasaan mereka memiliki salah satu peranan atau yang menyebabkan penderitaan atau kesulitan interpersonal.

Tidak ada ubat untuk pedofilia. Namun demikian, terapi tertentu yang dapat mengurangkan kejadian seseorang untuk melakukan seksual terhadap kanak-kanak.

"Sebagai contoh, kanak-kanak perlu diajar membezakan cara sentuhan, sama ada sentuhan itu bersifat biasa atau perlakuan tidak senonoh bagi memastikan pengetahuan mereka mengenai gangguan seksual lebih jelas."

Didik Kanak-Kanak Mengenai Bahaya Ancaman Pedofil

Kanak-kanak seawal usia lima tahun di negara ini perlu diberi pendedahan dan pendidikan mengenai bahaya ancaman jenayah seksual oleh pelaku pedofil.

Pensyarah Undang-undang Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datin Noor Aziah Mohd Awal berpendapat, kekurangan pengetahuan mengenai gangguan seksual terhadap kanak-kanak menyebabkan kebanyakan kes seumpama itu tidak dilaporkan.

Merujuk kes pedofil warga Britain Richard Huckle yang didakwa mencabul hingga 200 kanak-kanak dari tahun 2006 hingga 2014, Noor Aziah percaya perkara itu boleh dibendung sekiranya kanak-kanak diajar dengan kemahiran melindungi diri dan cara bertindak untuk mencegah perkara itu.

"Ramai yang beranggapan agak janggal untuk berkongsi pengetahuan seksual dengan kanak-kanak di antara usia lima hingga 12 tahun namun dalam keadaan kini, ibu bapa dan pihak sekolah perlu memainkan peranan dengan menekankan kepada kanak-kanak mengenai ancaman seksual seperti kewujudan pedofil.

"Sebagai contoh, kanak-kanak perlu diajar membezakan cara sentuhan, sama ada sentuhan itu bersifat biasa atau perlakuan tidak senonoh bagi memastikan pengetahuan mereka mengenai gangguan seksual lebih jelas," katanya kepada Bernama.

"Dalam mengalu-alukan bantuan dan sukarelawan, kita juga perlu pantau dan sentiasa mengambil kira ciri-ciri pelaku pedofil yang mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak.

"Walaupun cara ini akan menyukarkan pihak lain untuk membuat kerja amal, namun ia mungkin membantu mengurangkan risiko kanakkanak daripada diserang dan dianiayai oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau juga berharap dengan pelaksanaan Rang Undang- Undang Kanak-kanak (Pindaan) 2015 akan datang, pangkalan data mengenai maklumat pesalah yang telah disabitkan dengan kesalahan jenayah seksual melibatkan kanak-kanak dapat diwujudkan bagi mengelak kejadian seperti ini daripada berulang.

Media Britain melaporkan bahawa Huckle, 30, seorang jurugambar bebas, melawat Malaysia untuk program penempatan mengajar semasa dia berusia 18 atau 19 tahun sebelum dia melatih kanak-kanak untuk seks ketika melakukan kerja sukarela di Kuala Lumpur.

Huckle, dilaporkan mengajar kanak-kanak di sebuah gereja di sini dan turut menghadiri khutbah di gereja tersebut selama enam tahun ketika menjelajah negara Asia Tenggara. Sebanyak 91 tuduhan dikenakan terhadapnya mengaitkan kepada 23 kanakkanak kebanyakannya daripada golongan miskin di Kuala Lumpur, dan dia telah mengaku terhadap 71 tuduhan.