Pendidik Oktober 2016
Pena Pengarang

Guru wajib
terap proses transformasi

Satu coretan hati seorang guru wanita di dalam laman sosial menarik untuk dihayati.  Bagi guru itu, segala ilmu yang dicurahkan kepada pelajar, terutama yang bakal menghadapi peperiksaan umum – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) tidak menuntut balasan. Cukup sekadar berkongsi kegembiraan dan kebanggaan atas pencapaian pelajar yang cemerlang dan akhlak yang terpuji.

“Kalau tanya cikgu nak hadiah apa... Kejayaan kamu - kebanggaan cikgu. Kegagalanmu - kepincangan cikgu.”

“Cikgu tak mengharapkan A daripada kamu semua. Kalau ada.. alhamdulillah. Cikgu mahu kamu semua lulus supaya cikgu tahu yang selama ini cikgu tak syok sendiri. Lakukan yang terbaik... bukan hanya untuk cikgu... tapi untuk diri dan keluargamu. Mulakan dengan doa. Jangan lupa mohon maaf terlebih dahulu daripada kedua-dua orang tuamu.

“Cikgu sentiasa halalkan ilmu yang cikgu curahkan. Sehabis usaha daripada kamu semua adalah hadiah yang paling bernilai cikgu terima,” kata guru tersebut.

Golongan guru, baik di bandar atau luar bandar - tanpa rasa jemu mencurahkan ilmu kepada anak bangsa, menyemai rasa taat setia kepada negara dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama dengan satu matlamat untuk membina sebuah negara bangsa yang aman, maju dan makmur.

Sebab itu tidak boleh tidak guru perlu membawa perubahan kepada anak bangsa.

Justeru, guru disaran menjalani proses transformasi dengan meningkatkan pengetahuan akademik melalui penyertaan pelbagai latihan serta kursus ketika berada dalam perkhidmatan dari semasa ke semasa,  sebagaimana yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Inisiatif itu bertujuan memastikan golongan tenaga pengajar mampu mengadaptasi bahan ilmiah terkini selari dengan peredaran dan keadaan semasa.

Contohnya, jika seorang guru yang sudah berkhidmat selama 30 tahun, namun masih mengekalkan cara pengajaran serta ilmu yang sama, mungkin tidak sesuai lagi seperti hari ini.

Latihan semasa perkhidmatan berupaya memastikan aspek pengajaran serta ilmu guru berkenaan berkembang dan kekal relevan dalam usaha menjadi pengantara mendidik pelajar.

Para guru perlu peka bahawa sistem pembelajaran kini telah berubah berbanding tahun 1970-an dan 1980-an dahulu, ketika itu kaedah PdP banyak bergantung pada penggunaan buku teks, buku rujukan dan menyalin nota.

Kini, kita sudah berada di alaf 21 dan sistem pembelajaran sedemikian sudah tidak relevan untuk diguna pakai dalam PdP.  Para guru perlu menggunakan pelbagai elemen kreatif dan inovatif bagi menarik perhatian murid dan pelajar.

Sehubungan itu para guru, tidak kira yang mengajar di kawasan bandar mahupun luar bandar perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi agar sentiasa relevan dengan peredaran zaman.

Tanpa daya kreativiti, para guru akan cenderung mengajar dengan kaedah yang biasa dan jika sikap itu diamalkan, hasilnya para murid yang dilahirkan di negara ini juga pada tahap biasa-biasa sahaja.

Seiring dengan perubahan pesat lagi pantas teknologi dan ekonomi dunia, kita di Malaysia tidak boleh kekal tanpa berubah. Jika tidak, kita mungkin ditinggalkan jauh mundur di belakang berbanding negara-negara yang lain. Namun harus diingat bahawa kita juga tidak boleh berubah dengan mengikut apa jua arus perubahan secara semberono atau membuta tuli. Tidak semua perubahan akan menghasilkan manfaat berguna. Justeru perlu ada pimpinan dalam perubahan.

Tumpuan

Yang di-Pertuan Agong dimasyhur Canselor Widad University College

Widad University College amat bertuah apabila Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menerima pelantikan baginda sebagai Canselor yang pertama bagi institusi pengajian tinggi tersebut dalam satu istiadat pemasyhuran di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara, pada 19 September 2016. Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Raja Permai suri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Tumpuan

Pendidikan 100 Peratus Menjelang 2030

Biarpun cabaran pendidikan global kian deras, kerajaan tidak pernah ketinggalan dalam menyediakan sistem pendidikan formal kepada semua kanak-kanak di Malaysia.

Tumpuan

Mengurus Modul Pemikiran Komputasional

MALAYSIA adalah negara pertama di ASEAN menjadi perintis yang mengintegrasikan Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer ke dalam kurikulum rasmi di sekolah bermula 2018.

Tumpuan

Ambil Berat Aspek Keselamatan Di Luar Sekolah

Aspek keselamatan di sekolah perlu diberi perhatian khusus ekoran beberapa kemalangan melibatkan murid sehingga ada yang maut, Beberapa kemalangan yang berlaku di hadapan kawasan sekolah sehingga mengakibatkan kematian berikutan kecuaian pemandu kenderaan amat membimbangkan ibu bapa dan guru.

Fakta

Rugi Elak Makan Durian

Sejak dua bulan lalu Malaysia dilanda musim durian. Pertanyaan yang sesekali didengar adalah seperti “boleh ke makan durian?” atau “tak tinggi kolesterol ke?”

Salahkah makan durian? Kalau ditanya kepada doktor perubatan, jawapannya tidak salah.

Sejak sekian lama buah durian itu mempunyai reputasi buruk padahal ia mempunyai banyak kebaikan.

Rencana Umum

Project Based Learning Penuhi Pendidikan Abad 21

Matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang dirangka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan menjadi tunjang kepada sistem pendidikan Malaysia adalah untuk melahirkan modal insan berkualiti.  Matlamat ini hanya dapat dicapai melalui aktiviti-aktiviti pendidikan, yakni pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mampu menjadikan murid memiliki pemikiran bercirikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), berinovatif dan kreatif.  KBAT akan dapat mencetuskan kreativiti dan menjana inovasi demi melengkapkan generasi hari ini dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global.

Rencana Umum

KSSM Pendidikan Khas Mula 2017

Biarpun tahun 2016 masih jauh untuk melabuhkan tirainya, namun topik Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Khas yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan Tingkatan Satu pada tahun 2017 telah menjadi antara isu yang hangat diperbincangkan oleh guru-guru pendidikan khas. Bagi menyampaikan maklumat dan kefahaman yang jelas, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) telah mengambil langkah proaktif dengan menyebarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Pendidikan Khas melalui empat fasa kursus yang dijalankan mulai 22 Ogos hingga 8 September 2016 kepada guru-guru pendidikan khas di seluruh negeri Selangor.

Pelaksanaan KSSM Pendidikan Khas ini adalah selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 untuk memberikan akses  kepada pendidikan berkualiti tanpa mengira latar belakang murid.

Kolumnis

Gilap Pemimpin Pelapis

Dalam arena politik, menyediakan ‘pemimpin pelapis’ merupakan perkara yang penting dan perlu diberi keutamaan bagi menentukan kelangsungan warisan daya kepemimpinan yang berkualiti berterusan. Hakikatnya, amalan mengenal pasti dan melatih bakal pemimpin yang akan mengambil alih teraju kepimpinan sebenarnya bukan hanya penting bagi organisasi siasah, tetapi juga untuk semua jenis organisasi  tidak terkecuali institusi pendidikan atau keguruan.

Tumpuan

Tangani & Banteras Pengaruh Dadah di Sekolah

Komitmen untuk membendung ancaman dadah di sekolah perlu diteruskan bagi memastikan bangsa dan negara kita bebas daripada ancaman musuh nombor satu negara ini.

Tumpuan

Komitmen Bendung Aktiviti Dadah

DALAM kalangan ibu bapa, cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) baru-baru ini untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeksport daun ketum amat mengejutkan.

Kolumnis

Sekolah Sukan - Pelaburan Masa Depan Yang Mapan

Kejayaan atlet Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016 baru-baru ini sewajarnya membuka mata banyak pihak bahawa pentingnya sekolah sukan di setiap negeri diwujudkan setara kalaupun tidak lebih baik daripada Sekolah Sukan Malaysia (SSM) di Bukit Jalil.

Kolumnis

Jahatnya Biasa

Pada satu masa dahulu, setiap kali seorang anak kecil meragam kerana tidak mendapat apa yang diinginkannya, sang ibu akan menampar kaki si anak sekiranya si anak menangis semahu-mahunya sambil menghentak kaki, atau menampar tangannya jika si anak menangis dan membaling barang untuk menunjukkan rasa tidak puas hati dan kekecewaannya.

Fakta

Tingkatkan Prestasi Otak Dengan Tempe

Tempe boleh menjadi makanan berzat yang murah dan memiliki banyak manfaat. Tempe merupakan salah satu makanan khas orang Jawa. Makanan hasil olahan kacang soya ini juga disukai oleh hampir semua orang.

Laporan Khas

SK Pekan Pensiangan: Sekolah Model Khas K9 Pertama Sabah

Setelah sepanjang dua tahun lebih bertugas di pedalaman sebagai pendidik di Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) pertama di Sabah iaitu Sekolah Kebangsaan Pekan Pensiangan, penulis telah menimba banyak pengalaman bernilai tentang kemanusiaan dan pendidikan.

Fakta

Mari Gunakan Bahasa Yang Persis

Kita sering keliru akan penggunaan perkataan “pernyataan” dengan “penyataan”.  Kedua-dua perkataan ini sering bertukar ganti penggunaannya dalam ayat. Hal ini berlaku kerana segelintir daripada pengguna bahasa tidak menguasai rumus tatabahasa. Hakikatnya, kedua-dua perkataan ini sebenarnya mempunyai makna yang berbeza dan tersendiri.

Halaman 1 dari 3