TERBITAN SEPTEMBER 2016
IKLAN

Boling: Bukan Sekadar Permainan Biasa


Boling membantu murid kemahiran meniru untuk melakukan sesuatu aktiviti atau pergerakan. Boling membantu murid kemahiran meniru untuk melakukan sesuatu aktiviti atau pergerakan.

Sebagai peminat sukan boling, hati saya sentiasa teruja apabila kaki melangkah masuk ke pusat boling sambil merenung jauh lorong lurus sepanjang 18.2 meter hingga ke hujung di mana tersusun 10 pin yang menunggu balingan bola seberat 2.7 kilogram meluncur laju ke arahnya.
Begitulah penangan bermain boling yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia, lebih-lebih lagi apabila pemain negara berjaya menempatkan nama Malaysia di mata dunia dalam sukan itu. Jaguh boling negara, Shalin Zulkifli menjadi ikon tarikan untuk menceburi bidang sukan ini.
Ramai juga yang menganggap permainan ini dapat mengeratkan hubungan antara keluarga, sanak saudara dan rakan taulan. Selain ia juga digemari kerana ia tidak terganggu oleh faktor perubahan cuaca yang tidak menentu.
Namun begitu, ramai yang mungkin tidak tahu bagi murid-murid berkeperluan khas (MBK) tujuan dan matlamat permainan boling ini lebih luas lagi skopnya.
Walaupun sukan ini menjadi antara pilihan guru-guru pendidikan khas untuk dimainkan tetapi masih ramai yang tidak menyedari sebenarnya permainan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi pembelajaran MBK di dalam kelas.
Umumnya proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah akan menjadi lebih berkesan jika perkara-perkara berkaitan kemahiran prapembelajaran iaitu bertentang mata ketika berkomunikasi, keupayaan meniru, kemampuan menumpukan perhatian, memahami disiplin mengambil giliran dan skil ekspresi kegembiraan sudah dikuasai oleh murid-murid.
Semua itu mungkin perkara biasa yang memang sudah ada pada kanak-kanak normal. Namun bagi MBK, lazimnya latihan asas bagi memupuk penguasaan kemahiran asas belajar itu perlu ditekan terlebih dahulu kepada mereka bagi memudahkan proses pengajaran oleh guru dalam kelas. Latihan asas berkenaan boleh diamalkan dalam beberapa cara dan antaranya yang mudah serta efektif ialah semasa bermain boling.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan